Sunday, November 30, 2008

Kau buat jahat dengan orang lain, Tuhan maha adil semuanya akan kembali dengan kau.

Arnab kuning ni belum merasa balasan lagi niii...

Kalau orang putihnya mungkin sama dengan frasa ‘What goes around comes around’. [ Kalau frasa ni salah tlg betulkan :) ].

Mungkin ada satu hari dalam hidupmu… kau sedar kau sudah dan sedang melakukan kesalahan terhadap orang lain. Kau tau tu semua, tapi kau teruskan saja, sebab tau orang yang jadi mangsamu tu tidak akan tau apa2.

Tapi Tuhan itu Maha mengetahui….

Lambat laun ‘benda jahat’ yang kau lakukan tu, sekonyong2nya datang balik bulat2 dengan kau.Tapi kau masih tidak sedar. Memaki hamun, dan menyalahkan orang sekeliling atas musibah yang berlaku…

Kononnya kaulah mangsa atas segala masalah, atau penganiayaan yang berlaku dalam hidupmu.

Tapi bila Tuhan mendetikkan di hatimu, mem’flash back’ perlakuan jahat yang kau buat dulu2 sama dengan apa yang orang buat kau sekarang.. baru kau tersedar…

“Ohh.. begini rupanya rasa bila aku di****, dan di****.”

Sakit kan?

Waktu dulu2 kau buat orang begitu, tidak pulak kau cuba selami apa yang dia rasa..

Kau anggap dia akan faham situasi ni..and he/she will recover or heal in anytime soon…

Memanglah senang cakap.. orang yang rasa bukannya kau…

Kita manusia hambaNya yang lemah… Jangan sombong dan yakin riak dengan apa yang kita cakap… Hati2.. Allah tidak suka hambaNya yang hidup di atas muka bumi ni berperasaan riak, sombong…

Sebenarnya Monolog dalaman ni nasihat dan peringatan untuk aku juga…

Bukan aku mau tunjuk aku bagus… tidak..

Aku banyak kekhilafannya…

Maafkan aku..aku cuba berubah dari yang tidak bagus kepada yang baik..

Secara pelan2, tidak mau secara drastik bak kata Siti Nurhaliza..huhuuu

Thursday, November 27, 2008

Susahnya mo mengupdate!

Inilah dia `Rumput' yang aku maksudkan....

Ntah berapa kali aku cuba post kat belog sepot ni.. <-- perkataan belog sepot copy paste from pandarella

Error..error jak..

inilah kali kalau duduk atas bukit Blok kelapa Sawit..

muahahaha...

Aku ingat terkuburlah lagi blog aku untuk kali yang ketiga..

Tapi insyallah..aku teruskan juga blog ni sampai entry yang keseratus!!... InsyaAllah..

Walaupun boring dan ndak best aku teruskan jugak..

Biarlah Blog ni jadi macam rumput ( San Chai )...

Walau ndak dipeduli, dipijak2, dikasih racun biar mati..tapi dia tetap gagah dan tumbuh balik..

Monday, November 17, 2008

Rasa Hati...

Bila Rasaku Ini Rasamu ~ Kerispatih

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu

Seluruh jiwa telah kuserahkan

Menggengam janji setiaku

Ku mohon jangan jadikan semua ini

Alasan kau menyakitiku

Meskipun cintamu tak hanya untukku

Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu

Sanggupkah engkau

Menahan sakitnya terkhianati cinta yang kau jangka

Cuba bayangkan kembali

Betapa hancurnya hati ini kasih

Semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu

Sunday, November 16, 2008

( Sambungan ) 10 sikap Manusia Yang Aku Temui...

Waaarrgghh..Marah ni !! Marahh!!.. Wai pa makanan untuk aku!!!

aku sambung buat tajuk entry ni..atas sokongan sarjan Mejar Ochs.. thanks for support my humble blog..

3. Panas Baran

Ikut suka hati mamak bapak dia jak kalau dia mau marah... Apa dia ingat dia seja yang boleh marah dan ada perasaan marah?.. Orang lain pun ada bah... Tapi bergantung pada jiwa atau sikap seseorang tu macamana dia mau mengawalnya..

Aku ada terbaca artikel tentang marah ni. Orang yang mudah marah ni, sebenarnya BODOH.

Minta Maaf kepada durang2 yang suka marah .. bukan aku yang cakap..tapi artikel yang aku baca yang cakap ni..

Bila aku fikir2.. iyalah, orang yang suka Marah2, mengamuk ni, Tahap EQ ( Emotional Quotient ) dorang rendah atau tiada kali.. EQ ni seperti yang aku baca dalam buku motivasi Dr. HM Tuah adalah keupayaan manusia mengawal emosi dorang. Bercerita pasal emosi, mesti dikaitkan dengan wanita.. tetapi kebanyakkan pengalaman hidupku, orang2 yang beremosi ni adalah kalangan lelaki. lelaki yang sangat beremosi?..Pondankah dorang ni?.. ndak jugak..

aku pulak yang beremosi ketika menaip entry ni..teda tau kenapa.. Aku bodoh juga kot?..muejehehe.

Berbalik kepada marah ni. Aku sebenarnya kurang setuju juga kalau orang marah ni terus dicop BODOH.

Ada sesetengah kes.. orang marah atas tujuan yang bagus..atau marah bertempat..

Dia marah berhematlah ni kunun2nya..dalam marah pun boleh mengawal emosi mau memarang orang ( berparang sai tu..mainan orang suluk )

Dia marah mungkin sebab untuk membetulkan sesuatu yang tidak kena di pandangan matanya..

Atau untuk mempertahankan dirinya..

Tapi sebaik2nya kalau time marah memuncak tu..bacalah ayat kursi.. baca 8 kali.. lepas tu ludah seblah kiri dan kanan..Tapi ndak payahlah ludah sampai ber *haakk tuaii*.. ludah asal niat jak.. simbolik meludah kiri dan kanan tu, adalah meludah setan di kiri dan kanan yang giat memarakkan amarah kita dengan hasutan..

Aku selalu praktis ni dan ia amat berkesan sama sekali dgn aku. Terus hatiku yang panas membara tu hilang ataupun tenang seketika.. lepas tu pandailah aku tu bercakap..

" Aii?..aku marah pasal apa tadi ?"

Ini bukan minta puji tapi kenyataan.. Aku memang bukan alim ulama orangnya, tetapi aku baca tips ni dari buku Agama lah juga.. Tidak percaya?..cuba try test kalau marah tu rasa2nya ndak dapat dikawal lagi...

Kadang2 aku perasan .. cara aku menulis pun macam adikku jugak.. Mau cerita satu Topik, tapi meleret2 cerita lain.. banyak bunganya.. hehe.. ( Eg, jangan marah ahhh kita sama bahh.. ) Sebab tadi aku mau cerita gaya atau sikap manusia yang aku jumpa .. tapi jadi cerita pasal Marah, EQ, dan tips hilangkan marah...hehehe.. Whatever.. tiada juga pensyarah atau cikgu mau potong markahku bila baca entry ni... Licensa poetica bebeh..Licensa Poetica!*

Nota Lutut:

* Licensa Poetica - bahasa itali maksudnya..lesen untuk pemuisi atau penulis etc.. Lesen untuk melanggar apa2 saja skema penulisan.. untuk kebebasannya berkarya..

Sunday, November 9, 2008

Senarai Kesyukuran

Jgn Marah Hanis, aku copy paste pic ko sebelum minta ijinn.. ampunkan gue embakk!

Semalam ndak dapat tidur awal. Jam 1 pagi jugak baru tertidur.. Padahal banyak kerja yang belum beres..macam biasa aktiviti waktu malam..membaca2 Blog orang. Semalam terlekat di Blog Hanis Zhalika. Best gak baca Blog model muda tapi masih mengekalkan adat ketimuran dan kuat berpegang dengan ikatan keluarga..

Itulah dont judge book by its cover.. dia mungkin nampak seksi tapi mungkin dia ndak liar. Ini first impressionku bila baca Blognya semalam, tapi i barely dunno her.. Dia tagged semua orang untuk senaraikan kesyukuran kamu di dalam hidup kamu...

Bagus Tagged dia ni..Selalu beryukur boleh buat hati kamu tenang tau..sebab manusia ni ndak pandai bersyukur...sentiasa rasa ndak cukup...sentiasa maukan benda atau sifat yang ada pada orang, sehinggakan membuatkan hati kamu tidak tenang..

Dulu, bila aku rasa jeles...rasa kesian dengan diri sendiri..selalu rasa "Kenapa aku ndak macam dia?.." atau " Cubalah aku ada benda tu ?".. Aku ubahkan point of view aku..aku cuba bersyukur atas apa yang ada dalam hidupku... aku jadi tenang selepas itu..

Sebab percayalah manusia selalu lupa menghargai apa yang ada di sekeliling dorang.. You dont know what you got until its gone..

Okeylah, ndak banyak cakap.. aku mau bersyukur atas apa yang aku ada dan berterima kasih kepadaNya..

  1. Ya Allah.. aku bersyukur sebab ada Mama dan Bapa yang sayangkan aku.

  2. Ya Allah.. aku bersyukur sebab ada keluarga, adik beradik yang prihatin dan sayangkan aku.

  3. Ya Allah..aku bersyukur sebab ada kawan baik yang masih setia dengan aku..bersama2 menjalani hidup yang penuh ranjau ni..dan setia berkongsi masalah dengan aku.

  4. Ya Allah..aku bersyukur sebab kau kurniakan aku anggota badan yang sempurna. ( Berisi sedikit sebab aku ndak menjaga badan hehe..)

  5. Ya Allah aku bersyukur sebab Kau kurniakan aku mata untuk melihat.

  6. Ya Allah aku bersyukur memberi aku peluang merasai kekuatan cinta.

  7. Ya Allah aku bersyukur kerana selalu menguji aku untuk aku menyedari kekhilafanku dan membuat aku lebih tabah..

  8. Ya Allah aku bersyukur dilahirkan sebagai kembar dan merasai special bonding..walaupun kami dulu selalu bergaduh, bertarik rambut.. ( Sorry sis! biasalah budak2.. selalu bergaduh, air dicincang takkan putus!)

  9. Ya Allah aku bersyukur sebab ada juga insan yang sudi membaca bebelan ku di Blog yang serba humble ni.. ( kalau ada..)

  10. Ya Allah aku sangat bersyukur padaMu sebab memberikan aku KEHIDUPAN. Atas kurniaMu ini aku dapat buat banyak perkara dan merasai nikmatMU..mudah2an aku mendapat lebih PetunjukMu dan menjadi hambaMu yang Soleh..

Kepada readers..(Kalau ada).. Tajuk di atas boleh diubah..tidak semestinya senarai kesyukuran..Boleh simpan senarai kegembiraan.. "Aku gembira kerana..Etc.." Buatlah di Blog kamu, nanti aku bolehlah baca hehe..

P/s: Terima kasih kepada adik manis Hanis Zhalika kerana memberi inspirasi and to her beautiful mother.. May God Bless their family..

Saturday, November 8, 2008

Sehati Berdansa..

Tadi aku baru habis tengok 'Sehati Berdansa' di astro ria. Tema dorang malam ni Hip Hop street dance. Aku pun mau komen pasal Sehati Berdansa nih.. dari sudut pandanganku yang naive dan humble lah ni kunun2nya..

  1. Pasangan Rina dan lakinya ( aku lupa sebenarnya nama lakinya ) ~ " Rina nampak macam bersungguh mau menang, lakinya ndak juga kan?..selamba jak. Cuba perhati time umumkan markah.. serius banget sih!"

  2. Pasangan Lisda dan Fauzi ~ " suka tengok air muka Lisda time menari, nampak hepi dan ikhlas, tapi Fauzi punyalah ndak ngam menari HikHok (hiphop)..ngam jadi pendekar jak lah bah.. "

  3. Pasangan Khai dan Rosma ~ "Dorang ni ok..tapi kadang2 over konfiden..si Rosma tu.."

  4. Pasangan Shasha dan Sylo ~ " Suka tengok si shasha jadi patung..ngam betul, sylo macam pakcik drebar teksi indon yang menari di jalanan sementara menunggu penumpang datang" that is so mean u!

  5. Pasangan Jamal dan Ida ~ " Soooo seellloowww "

  6. Pasangan Ani dan lakinya ( aku lupa juga nama hubbynya nih ) ~ " Badan dorang ni sesuai jadi penari..dorang buat salah pun, ndak berapa ketara.."

  7. Pasangan Amyza dan suaminya ~ "amyza.. something wrong with ur appearance tonight?..juri yang pertama tu membuhung jak time cakap imej kamu okey.. aku tengok macam makcik2 sugar mummy dengan drebarnya.." mulutka lagi tu?

  8. Pasangan Mazin dan isteri ~ "Pasangan yang okey dan humble bagi aku.. suka dgn isteri mazin yang lembut bila menari walau badannya chubby sikit.. suka dgn pasangan ni... "

Siapa lagi ah..aku lupa lah..aku ni macam nyanyuk2 sudah kali...banyak benda aku susah mau ingat dah.. Rasanya ada lagi pasangan tapi aku ndak berapa tumpukan perhatian, sebab terganggu oleh Linda Onn tadi..aku TIDAK suka Linda Onn dari dulu..dunno why..? Ndak suka dengar tone intonasi suaranya yang melebih2 waktu sebut " Sehati Berdaaannsaa"... macam trep2 bagus.. tapi biarkanlah bah... tapi aku ndak suka juga...sorri kak Linda!..

Wednesday, November 5, 2008

Milik Siapakah Gadis Ini?

Gambar baru bangun dari tidur.. spek blues lama masih terlekat di hidung membuktikan beliau pemakai spek itam tegar..

Ini plak gambar seseorang dalam ruang lingkup hidupku ( Sebenarnya x mau bagitau apa hubunganku dgn dia..nanti anonymuousityku *adakah word ni?* hilang huahua ..

This young girl have rights to wear what she luvs to wear, as long tidak melanggar norma2 atau luar tabii manusia...

Salahkah dia memakai spek ala2 Polis aka Blues lama ini?.... muehehe

Ndak salah bah kan?...

Apa?..budak lelaki jak ka bleh pakai spek begini?..

Bukan apa... aku menjadi saksi, di mana2 tempat dia pergi dengan memakai spek ni..mesti ada muka2 jeles, hati2 busuk, penyibuk mau mampus, budak2-sekolah-berkumpul-ramai2-trep hebat-tapi-di-poket-bajet-ada-rm10-jak, akan tersenyum tersengih sambil mencuit kawan sebelah..

"Ko tengok bah spek dia.."

Kawan yang kena cucuk di pinggang sebelah kiri.. "Ngehehe.."

Belum sempat kawan yang-kena-cucuk-pinggang-sebelah-kiri mau menyambung ayat mengutuk.. gadis dalam gambar terus terep kuat berdiri depan dorang sambil bercekak pinggang dengan pandangan "kenapa apa masalah kamu?"

Uinaa magsyaball ko indaa..

Sunday, November 2, 2008

10 sikap manusia yang aku temui sepanjang hidupku setakat ini..

Aku sebenarnya masih baru dalam mengenali dunia blogging ni. Biasalah orang miskin. Menengok orang memakai laptop pun dulu aku jakun. Sekarang nilah baru aku diberikan peluang olehNya untuk merasai memakai laptop sendiri. ( Ini pun aku mau cerita kah?.. )

Jadi aku baru ada kesempatan juga untuk membaca blog2 orang lain. Dimana syok pula baca fikiran2 mereka. Selalu nampak orang2 ni diTagged…aku sendiri pun ndak pasti apa tu Tagged, tapi yang aku nampaklah biasanya mesti ada senarai2 fakta dari diri blogger. Tapi bila aku buka ini, baru aku tau Tagged ni macam Friendster, Myspace etc..ada profile diri sendiri..

Aku pula ada idea sendiri dari Tagged mentagged ni. Ndak semestinya ko tunggu kena tagged, tetapi boleh senaraikan sendiri fakta, dan tajuk ko punya suka hati mama bapak sendirilah mau taruk apa kann?...Jahat pula ayatku ni…

Jadi aku telah mencipta senarai faktaku sendiri… * Lihat tajuk Post ini*

1. Jenis temberang mau mampus.

Aku ndak banyak jumpa orang begini, tetapi baru2 ni dalam tahun lepas…punyalah orang ni sebenarnya wujud gila di atas muka bumi ni. Sampai aku yang kesian dengan dia bah!...Macam biasalah cakapnya yang tidak serupa bikin. Dia sendiri ada history dan cerita yang ndak bagus pasal dirinya, tetapi kalau mau mengata orang bukan main lagi..macam dialah wali tuhan, tetapi terang2an ….lu pikirlah sendiri..

Temberang yang aku maksudkan untuk istilah pemahaman aku sendiri ialah, temberang yang suka membanggakan diri ni bah.. Suka membesar2kan apa yang ada dalam diri, walaupun benda tu ndaklah hebat juga. Tapi memang ramai yang bersifat begini. Aku sendiri pun akui kadang2 terlepas dan ndak sedar…sometimes terlepas juga bad habit mau membangga diri…manusia tiada yang sempurna…

2. Mama Rajin Anak Malas, dan Mama Malas Anak Rajin.

Ini teori aku sendirilah…tapi belum ada orang buat kajian dan sahkannya.mungkin ada yang dah buat kajian tapi aku yang ndak tau. Tapi ini adalah teori rambang aku,I jadi jangan percaya 100% ya..hehe..

Kenapa aku cakap kalau Mamanya rajian, anaknya akan malas?..sebab mama yang rajin ni akan buat semua kerja2 rumah sampai anaknya akan jadi senang lenang dan terbiasa ndak buat kerja rumah. Lepas tu kalau anak yang senang lenang ni start buat kerja2 rumah, mama yang rajin ni akan ndak puas hati dgn kerja anaknya. Mamanya buat balik kerja tu. Contohnya mama yang rajin ni biasa menyapu rumah. Mama rajin, jadi dia akan sapu betul2. Anak yang biasa manja ni, bila start menyapu, akan ada sepasang mata tajam yang memerhati kerjanya.

"Yang di siring pintu tu belum kau sapu!"

"Adui na...menyapu yang dinampak seja!"

Bla..bla..bla..

Yang mama malas anak rajin ni pula...aku ngaku 'sample kajian' untuk teori ni tidak luas ruang lingkupnya..hanya sebuah keluarga saja..hehe..

Mamanya malas...anaknya mungkin 'sick n tired' dengan suasana rumahnya...anaknya yang bongsu ni pula yang ambil alih tugas2 mamanya...

Tapi seperti yang aku cakap awal tadi..ini teori berdasarkan pemerhatianku saja..

The next list will be continued...