Thursday, February 27, 2014

Giveaway - Unachenta !

Salam semua kesayangan unachenta !

Seperti yang sahabat saya Vic war-warkan di dalam blog 
kami akan mengadakan Giveaway julung-julung kalinya weeehoooo!!

Harap kawan-kawan akan bagi sokongan GA kami ini, dan stay tune  untuk mengetahui terma dan syaratnya ok.

Jangan risau GA  ini tidak complicated, kami berharap dengan GA ini akan menambahkan kenalan kami dan mengeratkan silaturahim di kalangan kita blogger dan sesiapa sahaja.

Tetapi buat masa terdekat ini Unachenta menjadi sponsor bagi GA kawan blogger Anne-nurain. Nak bagi laluan pada Giveaway anne-nurain dulu k :). Boleh lawat blog dia k :)

P/s : Kalau korang rasanya nak hadiah apa ya?..kami cadang nak bagi giftvoucher :)
 Jika ada cadangan boleh bagi cadangan dekat komen ok:)

Sunday, February 23, 2014

Atirah Jubah Maxi untuk dijual :)

Assalamualaikum wbkt dan Salam sejahtera semua pengunjung blog Una Chenta. Kali ni nak update blog dengan masukkan produk baru dari ChizeeShop ( Boleh follow instagram @chizeeshop )

Saya menjadi agen untuk kawan lama yang design dan jahit Jubah Maxi yang semestinya mengikut syariat pemakaian Islam dan selesa. Menggunakan material Lyra tebal, ia sejuk dan  tidak melekap di badan.

Ukuran Saiz yang available dari S-M, M-L, L-XL

 Saiz M
bahu 15
Dada 40
Lengan 22
Labuh 54

Saiz L
Bahu 15.5
Dada 42
Lengan 22
Labuh 54

Saiz XL
Bahu 16
Dada 44
Lengan 22
Labuh 54

Sila sms atau whatsapp untuk mendapatkan harga istimewa 014-203 4814 

Atau boleh hubungi melalui email chi_starfire@yahoo.com

Atira Jubah Maxi in Maroon color.

Atira Jubah Maxi in Grey.

Atira JubahMaxi in Dark Blue.

Atira Jubah Maxi in Brown.

Atira JubahMaxi in puple.

Ini aku suka my fav. Atira JubahMaxi  in Black .

Atira Jubah maxi  in Teal color.

Friday, February 21, 2014

Time Kami kecil-kecil dulu #02

Dulu waktu kecil aku dan adik kembar selalu bergaduh. Memang hari-hari bergaduh. Kalau tidak bergaduh satu hari tu memang semua orang dalam rumah heran..kami pun heran.

Sampai mamaku gelar kami ni macam bermadu !

Lepas tu aku blur ?.. apa tu bermadu. Dalam kena marah oleh mama sebab bergaduhlah saja.. sempat lagi aku tanya ..bermadu tu apa?..

Aku tidak ingat apa yang mamaku terangkan sebab lama sudah kan hehe.. tapi yang aku  ingat, aku jadi geli sama explanation mamaku tu hahaha.. Eiii manalah aku mau bermadu sama adik kembar sendiri! Itulah kunuk fikiran masa kecil yang spoil brat suka bergaduh..

Lepas tu mamaku pun pandailah tu mengasi psiko.. Naa kalau tidak  mau bermadu jangan bergaduh lagi.

Mungkin itu sebab kurangnya bergaduh..tapi  lepas tu gaduh lagi huahua..

Kami punya hubungan ni lebih kepada Love and Hate relationship. Sekejap kami gaduh..Gaduh yang kaw-kaw punya tu ya.. Yang bertarik rambut, bertumbuk bertampar berboxing dan segalanya.. Siap bermaki mencarut.. Tapi tak lama lepas tu ndak tahan sama-sama bermain balik. Mulalah kakak kami yang nombor dua tu memperli. Aikk bagus sudah kamu?..hahaha..

Kakak kami yang nombor dua itulah yang selalu jadi saksi pergaduhan kami. Selalunya dialah yang mengasi sabar.. Tapi mungkin  sampai satu peringkat dia fedap mengasi sabar.. Dia biarkan kami bergaduh..  sampai aku dan  adikku heran..aik mana si lyana...Dia rilekss lagi makan  di meja makan..minum2..macam tiada apa-apa berlaku hahaha...Lepas tu bila kami minta tolong ( Buduhnya kan time bergaduh boleh minta tolong leraikan..apalah tu haha ) dia boleh datang dengan walkmannya..dan rakam pergaduhan kami. Dulu ada walkman yang boleh rakam suara kan.

Lepas tu dia berlakon jadi pengacara ntah sambil merakam pergaduhan kami..

"Yaa nampaknya si eg sudah mendahului pergaduhan..si jian membalas tarikan rambut.. Ohh dia terjatuh! "
Macam dia mengulu-ngulu bah orang Sabah bilang  hahha...

Dia mengulas pergaduhan kami..bukan ditolong jadi batu api lagi dia huhahuahu..

Lepas tu aku ingat lagi si eg pergi dengar balik rakaman tu..punyalah dia ketawa berabis..dia bilang kami bercakap yang bukan-bukan... Time-time aku mau dengar balik.. dia sudah padam.. sengaja mau kasi sakit hati kali..itulah kerja kami sama-sama bekerjasama menyakitkan hati masing-masing dengan jayanya haha..

Okey, nanti sambung lagi ke episod seterusnya :).
Eg, anakbuah kami Ejah dan si Temuk Tedempol.

Thursday, February 20, 2014

Mama Bapa saaayaaangg kamu.. :(

Assalamualaikum wbkt.. dan salam sejahtera semua pengunjung blog ini :)

Entri kali ini serius sikit. sebab teringatkan mak dan bapa keluarga di kampung..

Lepas  tu  kemarin baru dapat berita yang anak buahku yang tercinta baru selamat melahirkan anak perempuan. 

Rasa sedih juga sebab ndak dapat tolong sama-sama dia di saat getir dia melahirkan.

Sebab time aku melahirkan Umar  dulu, dialah  yang sentiasa ada menolong aku, menunggu aku di hospital, sama-sama temankan aku di dalam ambulans, siap dia  bawa aku berselfie lagi di dalam ambulans time tu..hahah adakah..gambar tu ada  dalam handphonenya pulak..

Yana dan anaknya Azam.. waktu ni dia 7 bulan preggy. Di Hospital Sandakan. Azam tu adalah tu dinampaknya mukanya begitu tu  hehe...

Mama dan bapa pulak mungkin sudah terbiasa kami sentiasa ada  di rumah.. hari-hari kami bertelefon. Dan mama selalu  tanya  bila  kami balik.. anduu bah.. kesian  aku dan risau dengan mama dan bapa dua orang saja di sana.. Yana  pulak berpantang di  rumah mentuanya..

Ya mak pak..ndak lama juga kami balik...

Kami anak-anak kamu sentiasa ingat dan sayangkan mama bapa.. Kami semua akan balik ..

Tuesday, February 18, 2014

Lukisan Abstrak Umar boleh jual ke?

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera semua pengunjung blog Unachenta :)

Aku nak jual lukisan si  Umar yang dia  conteng-conteng dalam Paint ni. Ada sesiapa nak beli ke?..  aku nak kumpul duit ni ahaks :P

Inilah dia kerja si Umar.. Asal buka laptop mesti tunjuk Paint . Dia bilang " Yang berus-berus tu bah! "

Daripada aku terpadam hasil "Art arahannya".. bagus aku abadikan di dalam blog ini :).

P/s: Seorang mommy yang punya keyakinan yang amat tinggi terhadap anaknya hehe.. Adakah orang yang berani upload gambar abstrak tak tercapai akalnya bak kata Elyana huhu..

Okey sessi lelong bermula! Lol!

Monday, February 17, 2014

Sipadan Inn 2, Semporna.

Salam para pembaca and good day peeps !

Tajuk di atas ala-ala blog traveling gitu.. padahal aku ni mana adanya travel sangat hehe..

Bulan 10 tahun lalu, ikut  suami bekerja outstation. Jadi kira traveling jugalah bila dia bawa kami anak beranak ikut ke Semporna, Sabah, Malaysia, Univeresaahh..

Kami menginap di Sipadan  Inn 2. Owner hotel khabarnya adalah chinese taiwan, kalau tak silap maklumatlah.. patutlah ramai tourist  orang cina dari Taiwan di hotel ni.

Saluran TV  pun MTV china. Sampai aku terminat ada lagu cina tu..aku ndak tau namanya.. sebab mandarinku ndak okey jadi ndak faham huahua.. 

Tapi para pekerja adalah friendly dari housekeeping hingga ke housekeeping saja. Receptionist kira okeylah haha.. Makanan adalah senang didapati sebab restoran banyak di bawah hotel saja. Tapi kena hati-hati pilih restoran, sebab aku pernah satu minggu lebih kena diarhea sebab keracunan makanan. Tapi itu tahun lepas lah... 

Di bawah ini adalah gambar-gambar  yang sempat diambil hanya dari handphone aku yang biasa-biasa saja. Bolehlah asalkan ada gambar  huhu..

Jadi mari bercerita melalui gambar..

Waktu baru sampai.. di belakang hotel ada barisan restoran yang menghadap laut laluan bot-bot kecil.

Berdepan dengan Dragon Inn atau kami  biasa panggil 'Floating'.

Motif gambar mau kasi tunjuk yang kawasan sebelah sini sentiasa ramai  orang makan. Tourist  dan local.

Time ni mau maghrib sudah.. best berangin tapi kalau hujan paling manangg lah semua berlarian masuk.

Fresh seafood boleh didapati di mana-mana. Fresh dari akuarium ko tinggal pilih dan suruh masak jenis masakan apa. 

Ini suasana bilik jenis double bed. Selalu fullhouse juga Sipadan Inn 2 ni. Ini hotel Sipadan Inn yang menghadap laut. Ada lagi satu Sipadan Inn hotel, tetapi ia terletak di tengah  pekan Semporna. Tidak jauh juga dari lokasi Hotel ini.

Suasana bilik hotel yang masih suci dari unsur pembongkaran si Umar.

Sibuk dengan bot yang lalu  lalang..

Macam biasa QC Umar mengecheck kualiti kerusi ahaks!

Hmmm.. QC sibuk menerai test kesejukan mini fridge.

QC menguji keempukan bantal guling..

Menguji refleksi cermin adakah seimbal dengan kecomelannya..

" Kenapa hidungku kemek?..ikut bapakah.. mama ni?"

Yang bestnya bilik ada private balkony..

Itu  saja buat masa ni.. tengah menaip ni si Umar mengacau-ngacau sudah.. Babyeee.. Lots of Love ! :)

Sunday, February 16, 2014

Time kami kecik-kecik dulu #01

Assalamualaikum wbkt.. dan hai semua pengunjung blog Unachenta :)

Tajuk entri di atas adalah inspirasi dari membaca buku 'When I was a kid ' by Boey. Terus berangan-angan mau buat komik sendiri tapi versi sendiri "Time Kami kecik2 dulu "..ahaks..

Sebenarnya komik tu sudah lama. Tapi aku baru dapat baca sekarang. Hoho kesian bah aku ni ketinggalan jaman betul.. huhu.. Nanti aku review pasal buku tu. Korang boleh klik sini  untuk tahu siapa Cheeming boey yang tulis dan lukis buku ni. Best dan aku  yang serius membaca ni pun boleh terketawa haha..

Sebenarnya kunun-kunun mo buat segmen baru dalam blog ini. Segmen 'Time kami kecik-kecik dulu'. Itulah ada sediakan nombor awal-awal di atas #01 lah kunun hewhew... 

Kira  ini  yang ikan julung-julung kali lah.. :P

Cerita pasal kakak kami nombor dua yang hobinya suka mengasi kena kami adik-adik bongsunya..

Kakak No.2 : Jian bagus aku kasi tukar nama kamulah..

Aku : Nama?..mau kasi nama apa?

Kakak No.2 : Aku panggil ko Dal.. cantik kan nama tu? ( sambil buat evil smile )

Aku : Dal?... nama apa tu.. Kenapa Dal?.. aku yang naive dan cantik bertanya uhuk uhuk.

Kakak No. 2 : Ko eg  aku panggil lah 'Sun'.

Adik kembar : Hmmm??...

.......

Kakak no.2 : Jadi kalau aku panggil dua-dua senang!..

Aku dan adik kembar: ???..

Kakak No. 2 : Kalau aku panggil 'Sundal' jadi dua-dua mesti menyahut ya !...

Aku dan adik kembar : Eiii lyana !!!...

P/s : Sorry ada perkataan mencarut pula di atas ni... huhu.

Friday, February 14, 2014

Kota Kinabalu kami datang ...

Assalamualaikum wbkt semua yang terbaca atau tersesat masuk blog Unachenta ini. Lap u all lah sebab sudi membaca  tulisan saya  yang tidak seadanya  ini  huhu...

Kali ini menaip dengan tertibnya dari laptop. Selama ini  asyik membebel menaip dari handset. Lepas tu siap taruh tajuk mendownlod blogger android sampai 3 kali. Ketaralah tiada idea mau tulis tajuk apa.. 

Okey hendak bercerita trip kali ini, perjalanan hanya Mommy dan Umar saja. Berdua kami menempuh  ke langit biru menuju ke ibu-kota-cinta Sabah, iaitu Kota  Kinabalu ( KK ).

Tapi bukanlah berdua lonely ranger sangat hehe.. di airport KK ada juga daddy Umar menyambut ketibaan kami dengan penuh kasih sayang ahaks ! Si Umar apalagas kesukaan berlari manja bila nampak muka daddynya di pintu arrival airport KK.

Sampai  di  KK, terus bawa diri makan dulu. Kami ke Beach Tanjung Aru. Makan di restoran SugarBun yang best pasang lagu  best-best  pula tu..

Tidak dapat ambil gambar banyak kali ni.. sebab memory handphone sudah  low.. mau dipadam sudah separuh.. 

Saksikanlah gambar-gambar di pantai Tanjung Aru KK, yang sempat ditangkap :)

Si Umar disuruh bergambar dia ndak mo layan huhu.. fussy dia di sini sebab mengantuk tidak cukup tidur..

Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Gambar ni aku ambil dalam 'kebutaan' dek panasnya pancaran matahari.. tapi tengok hasilnya boleh tahanlah juga kan hehe.. bolehlah bah..pujilah bah... bolehlah bahh  :)

Okeylah, itu saja cerita buat masa ini. ( Kenapa skema ayatku  ineh ?.. )

Nanti sambung lagi ya..di entry seterusnya.. Selamat selamat semuanya hehe..

P/s : Entry ini khas aku buat sebab dapat dorongan dari sahabat baruku Vic.. :).