Okey sambung cerita kemarin yang tergantung tu hoho..
Biarlah aku membebel sorang-sorang di sini.. Aku suka bercerita ..jadi kunun bercerita di sinilah.. Pendengarnya kamulah.. Yang sedang membaca taipanku ni hoho..
Dipendekkan cerita pasal dahan pokok tumbang kemarin.. Aku peratikan saja gaya orang yang ndak hiraukan dahan tu yang menyebabkan jam teruk di jalan keluar dari hotel hyatt..
Bukanlah aku mo cakap aku ni kunun baiklah warga prihatin.. Mungkin orang- orang di bawah tu ada urusan penting kita ndak tau..
Tapi ada juga yang aku tengok, datang ke dahan tu.. Hanya tendang-tendang dahan tu, ambik gambar, becerita-cerita lepas tu jalan..
Mungkin di fikiran dorang sama macam aku juga.. Ndak apa..nanti ada datang pihak bertanggungjawab.. Sabarlah..kereta-kereta terperangkap tu nanti lama-lama boleh juga keluar..
Beberapa minit berlalu.. Aku sebagai makcik penyibuk meninjau keadaan sekali lagi..
Aku nampak ada dua orang tourist mat salleh perempuan di bawah..yang berdiri di sebelah jalan macam bercakap pasal dahan tu. Dari body language dorang macam berbincang.. Aku cuba translate conversation durang ya --->
Perempuan rambut curly muka macam pelakon penyiasat dalam CSI : " Aluu bah rayangg.. Trapik jem sudah jalan di depan tu!"
Perempuan no.2 aku nampak belakangnya saja : "Uinaaa.. Banyak sudah kaindraan di kuwasaan tersebut ! "
Perempuan rambut curly muka macam pelakon latin penyiasat dalam CSI : " Buli baitu durang angkat ramai-ramai tarik ke tepi dahan nan sebatang itu ".
Maafkan saya ..translate pigi bahasa Sabah.. Matiklah orang yang bukan Sabah baca ndak faham hewhew..
Aku teringin mo buat cerita novel bahasa lokal sabah bulikah..
Aik lari topik tiba-tiba.. Maafkan saya sekali lagi...
Lepas tu.. ( haiihh ndak pandai habis ceritaku ni banyak bunganya.. )
Lepas tu kan dipendekkanlah cerita.. Ada couple tourist..macam ala-ala latin.. Lelaki perempuan.. Yang aku syak kali baru lepas melepak di el centro..
Boyaprennya tu hensem ala-ala Collin Ferel, dorang menengok prihatin keadaan jalan dan dahan pokok tu. Lepas tu yang boyfren ni buka backpacknya bagi to his gf suruh pegang.. yang si Collin ferel ni pun pergi ke dahan mau mengangkat dahan tu..mencuba try test kali..
Pelancong juga yang prihatin dan ambik inisiatif sendiri.. yang mulakan..
Dia panggil lokal yang sedang duduk-duduk di tepi tu.. baru orang lain datang mengangkat..
Dorang mula-mula dua tiga orang saja..cuba angkat tapi masih ndak dapat..
Last-last orang lalu lalang yang nampak dorang cuba angkat dalam lepayahan.. dorang pun beramai-ramai menolong.. Ohh terharu pulak aku tengok orang ndak kira bangsa agama dan warganegara beramai-ramai mengangkat...
Akhirnya dahan besar tu dapat dipindahkan ke sebelah ruang pejalan kaki. Sila rujuk gmbar yang banyak di entry sebelum ini.
Gambar di bawah ni yang sudah pun diclearkan oleh orang DBKK. Orang DBKK sampai pun dalam 20 minit atau setengah jam selepas dahan tu jatuh.. Dorang sampai dengan membawa chainsaw potong kayu besar tu.
Bayangkan kalau bukan pasangan pelancong tu yang mulakan dulu.. mungkin dalam setengah jam juga kereta-kereta tu terperangkap jam ..
Aku bukan menulis untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tetapi tulisan ini pun khasuntuk diri sendiri juga. Sebab kita manusia tidak lari dari terlalai hingga mementingkan diri sendiri tidak prihtin dengan orang lain..
Aku ingat kata-kata ini.. kalau kita memudahkan jalan orang..Allah swt akan memudahkan jalan kita pulak. :)
Kudos untuk pasangan pelancong yang memulakan usaha memindahkan dahan itu dan Kudos juga sama semua orang yang menolong mengangkat beramai-ramai.. Bangga sama kamu semua bah!..
Kota Kinabalu tanah airku ..aisehman :) |
tetiba rindu kk plak lepas tengok gambar ni.. ni area dkat2 wisma merdeka ka ni kak? lama suda bha ndak p kk.. hehe..
ReplyDelete