Sesiapa yang expect reviuan cerdik lagi bernas boleh google review lain..ini ulasan dari seorang yang makcik-makcik. Sudah aku bilang entry sebelum ni.. Kentaralah ndak dibaca blog ku betul-betul..
Hewhewhew... Saja bah aku buat pembuka entry di atas tu garang-garang..huahua..aku ndak garang pun..saja-saja mau provoke baaahh.. Jangan bah kau merajuk...heuheu..
Aku terbayang mau buat novel sabahan bahasa dialog sabahan sepenuhnya.. Kamu rasa adakah penerbit yang mahu gamble nasib terbitkan ?..
Naa kan melalut lagi aku..okey straight to the point..
Aku tergerak hati untuk membeli dan membaca novel karya genius tiada perasaan cakap ndak berlapik John Green ini sebab kerja-kerja menterjemah yang dikirim oleh Buku Fixi sebagai test itu..
Dan aku selalu stalk Facebook Fixi Verso.. Aku rasa cara mereka mengupdate status demi status..mula-mula cakap tahniah..bla2 sekian2 orang sudah hantar test translation seramai 41 orang out 125 orang..adalah cara halus yang genius untuk mengasitau..ko ada beratus pencabar..jadi jangan terlalu mengharap..
Lepas tu updatean seterusnya bilang..tahniah 6 orang sudah ke peringkat kedua..sila check email anda.. Aku apalagas terus check email.. Dua hari okey aku refresh2 email siap check bulkmail.. Wairuun juga indah.. Naa disitu kamu nampak kan permainan tatabahasa moden..ada cara lain untuk mengasitau.. Your translation work sucks!..kami tiada masa mo email ko kasitau ko ndak pas test..pandai2 ko ya mentranslate makna update tersirat kami di fesbuk tersebut..
Aisehman macam emo pulak..huhu..tidak. Aku tenang saja ni..no hard feeling pun sama Buku Fixi huahua.. Minat lagi adalah..
Okey ini melalut lagi kali kedua. Disebabkan hanya translate 4 mukasurat pertama saja.. Aku punya hati bergelitik mo tau seterusnya... Lalu ke Times Suria Sabah.. Mencari buku ini.. "Dik ada buku The Fault..ndak sempat habis sebut tajuk budak perempuan muka manis sudah habiskan sentence ku.. Ada kak..terus dia pigi section Young Adult.. Dimana aku macam malu pulak..makcik-makcik muka macam pandai..( macam sedja ) tapi baca young adult maksudnya buku remaja-remaja.. Kentaralah makcik perasan jiwa remaja..huahua..
Tapi ndakpa..aku ndak malu sudah .. Sebab kinapa?..si John Green sudah bilang dalam websitenya.. Kamu googlelah sendiri..malas aku mo melink2 sebab aku taip pakai handphone seja ni.. Huahua.. Okey bilang si John Green dia mau buku YA young adult diexpand kumpulan pembacanya kalau bulih sampai.ke golongan tua ndak sedar diri..macam diri makcik inew..
Fisrt time aku..no this is second lepas novel Room oleh Emma Donoghue.. Baca buku sampai menangis-nangis.. Makcik pun ndak dapat kontrol nak... Sampai laki makcik heran kenapa bengkak-bengkak mata bininya yang cantik ini..
Biarlah kamu muntah mendengar pujian ke atas diriku sendiri muahaha...
Di novel Tfios John Green nilah aku tau terma perkataan Spoiler Alert..
So siapa2 yang wish mau baca buku ini..jangan risau..ndakda juga aku reveal kasitau endingnya segala..
Tapi siap kita baca endingnya.. Perasaan kita sama dengan perasaan tertanya-tanya si Hazel Grace sama watak Anna dalam novel favoritenya.. An Imperial Affliction.. Ndak tau memamg wujudkah novel dalam novel ni..nantilah aku gugel kalo senang..
Di dalam proses membaca aku terstop-stop sebab aku mo menikmati rasa sedih dan takut akan kehilangan yang diceritakan dengan genius dan detailnya oleh John Green..
Aku rasa cara pembawaan dan dialog Hazel Grace ni macam dekat dengan aku dan sebahagian keluargaku huahua..iaitu mulut tumpis.. Cakap kadang-kadang main lepas ..lepas sudah terlepas baru rasa menyesal...
Hazel Grace macam remaja-remaja yang cakap pedas tapi ayat yang dipilih John Green..ayat-ayat pandai yang separuhnya memang aku ndak faham ..mesti buka kamus atau berwikipedialah.. Makcik ni bahasa inggeris ndak seberapa kuat penguasaannya nakk.. Itulah review Time yang back cover novel ni bilang Damn Near Genius..
Yang buat sedihnya dalam buku ni..pasal mama bapanya juga..yang sudah bersedia dengan bila2 masq saja anak perempuan kesayangan mereka akan mati...
Hazel Grace pulak jenis yang ndak mau dikesiankan..tapi iya dia takut juga bah tu.. Dia tiada semangat sudah selain semangat untuk.mama bapanya yang bersusah payah.. Ini yang buat aku berhenti dan.menangis sepuasnya sebab..mengingatkan aku kepada mamaku... Aku rasa berrsalah dengan mama sebab jadi anak yang selalu berlawan cakap..tapi kenangan dia selalu merawat masa kami kecil..dialah yang selalu menjaga dan paling prihatin kalau kami sakit..buat hatiku.meronta mau jumpa mama di kampung... Sabar ya mak..ndak lama lagi kami balik..:(
Lepas tu part boyfriendnya.. Di sepanjang jalam cerita kita expect Hazel Grace lah yang paling kesian..rupanya ada watak lain levih kesian.. Gus tapuk kesakitannya demi dia nampak kuat strong untuk gadis yang dicintainya Hazel dan pembagi semangat untuk kawan baiknya Isaac yang patah semangat sebab terpaksa buta kerana sakit kanser. Kira cerita2 budak remaja berpenyakit kanser tetapi kuat semangat..
Movienya sudah keluar di Us. Pelakon lelakinya ndak ngam dengan apa yang aku gambarkan..suaranya ngam..mungkin kalau rambutnya deep black aku rasa ngam kot..just my two cents pandangan...
Si John Green ni pandai mengeloborate perasaan macamana kita kehilangan seseorang.. Pendek kata ..aku rekomen kamu cari buku ni dan baca... Translate.ke bahasa melayu pun ada..cek ke Fixi Verso.punya website dorang sudah ada buat preorder...
Okey..itu saja dulu ulasan buku dari seoranf yang tiada background menulis..hanya sebagai.peminat biasa saja huhu.. Maaf kalau ada tersilap taip..macam aku cakap tadi..aku menaip dari hengpong saja ni haha..
Bye. Terima kasih sebab membaca bebelanku ni haha..
No comments:
Post a Comment
Saya amat mengalu-alukan komen daripada anda :). Komen anda amat saya hargai :)