Wednesday, December 31, 2008

Tuesday, December 30, 2008

Untuk Anak Buahku!

Jaga dirimu di sana ah.. MyEm0.Com

Itulah dibenci2 tempat tu , akhirnya ke sana juga ko..
Hehee

Ingat pesan bestfriendmu si Lilis dan Nini, "Kalau nekad kerja saja, berjaya juga tu"..

Jangan lupa sentiasa updated cerita2 kamu di sana,

Untuk Tatapanku..heee

Ko ambik gambar banyak2, bidah pun bidahlah asal aku nampak..huhu..

si Y### baru jak balik di rumah tadi...
MyEm0.Com

Aku malas mau ulas dan cakap dengan dia..

Biar dia tenang2 dulu... sebab bapa sudah hamburkan banyak Bom Atom dgn dia bila sampai tadi..

Kirim salam sama dorang semua di sana ya!
MyEm0.Com

Statuz# Rasa-lain-sebab-tiada-org-berebut-laptop-dan-tiada-figura-down-syndrome-panggil-aku-j### cantik!. Feat# Demam n tangan bengkak
MyEm0.Com

Saturday, December 27, 2008

Korang kenal aku ke?

Ini kuiz, gua dapat dari ini blog Qam. banyak best gak blog dia ada banyak info bagus. (Promote nih?)

Gua hari ini banyak sakit kepala dan itu badan ada demam2 mah, itulah bahasa dia jadi ini kasar dan tunggang langgang MySpace .Maaf maaf banyak2...

Tapi dalam demam ini perempuan sempat main ini kuiz. jadi dia mau orang2 yang lalu lalang dalam ini belog cuba try test kasih main ini Ujian Kepintaran..muahaha..

Begitu juga mempelawa kawan2 baru, kawan2 lama yang mencubuk2 seja dan sedara mara yang tau ini blog..

marilah bermain bersama aku..MySpace

Leaderboard
Create your own Friend Test here

Thursday, December 25, 2008

Mood Kebaru-baruan asyik menukar layout!

Salam..

Bagi sesiapa yang perasan, aku asyik menukar layout goblog aku ni kan?...

Mau tukar habit yg satu x bagus ni..

aku cepat bosan dengan satu perkara..MySpace

Aku dah tukar layout bagus2 terletak disitu.. lepas tu "Macam boring ja aku buka blog ni?!" terus buka laman web template yang disyorkan Ummu Solehah, mengorek2 template mana mau ditukar...

Last2 ndak menjadi semua, mengkali pening sudah setting belogsepot, sebab balik2 aku tukar, mcm tukar baju, tukar setiap sablas jam sekali..??

Akhirnya hari ini, belogsepot ini mendengar arahan tuannya yang saikopet ni...

Dan aku berjanji ndak mau lagi kebaru-baruan macam ampal jumpa watermachine.. "bagi aku sarrsiiihh?"

Kalau mau tukar pun, tunggu entry yang keseratus ribu..muahahaha... (janjimu sya' tu..)

Layout sebelum ini.. Boriingg..MySpace

p/s: credit to Ummu Solehah, aku rasa dia one of my the baik hati-tidak kedekut ilmu-guru dalam aku belajar berblogging dan menghiaskan belog. Emoticon cute2 ni pun aku belajar dri dia...Aku nak tanya dia, tapi other blogger dah tanya pasal emoticon cute ni.aku copy paste jak jawapan Ummu Solehah, phatetic gak aku ni kan..huhuuuu...MySpace

Wednesday, December 24, 2008

Maksiat halang tekun beribadat Oleh Hashim bin Ahmad rencana@hmetro.com.my

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Unchenta ~ Artikel ini aku baca 2 3 hari lepas dari Harian Metro Online, rasa ia bagus untuk tatapan bersama.. untuk kesedaran aku jua..

Sunday, December 21, 2008

My First tag From Izza The Pinkerton & Ummu Solehah!

My the veryy veryy first Tag came from a new friend I called Izza The Pinkerton!!..Hows my English?..ngehehe…frankly speaking im not very good in English.. once I really hate English, because of one incident in my Life long time ago.. But now its seem like a sweet memory,n one of my valuable experience throughout my years… Im not gonna tell u guys bout this, mwahaha..

Thank You to my beloved Friend, Jameela Peer Abdullah, once said, “ Jangan pasal kau benci orang tu, kau benci hal lain yang berkaitan dengan dia!”

Since my English is fully Broken. Zillion Sorry for advanve ya!..(Kalau org putih baca ndak tau durg pahamkah ni ndak?..Pahamlah tu kan?..Yakin jak ko joe!)

P/s : Please do me a favour n please correct me if am wrong ya uolls! J

1.Put your iTunes/any other players on shuffle

2. For each question, press the next button to get your answer.

3.YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!

4. Tag 1 x infinity number of friends who might enjoy doing this.

Notes: My Mp4 playlist have been hijacked and Coup de etat by my niece and brother, my whole familylah!, So the playlist paham2 jaklah..bercampur2 citarasa!.. Ini yang bikin Saspen nih!

^ ~ ^

1.IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?

Kuroge Wagyuu Kamishu ~ Black Jack anime opening song

“What Flava do u Prefer?” (This is me, people ask me question, n I ask them back!)

2.WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Tapi Bukan Aku ~ Kerispatih ( oweezz denying.. hmmm??)

3 WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

4 minutes to save the world ~ JT & Madona ( hehe.. I loiikee Guy-save-the-world-type)

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?

Makhluk Tuhan Paling seksi ~ Mulan Jameela ( hari2 aku rasa seksi!..muahaha)

5.WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?

Closer ~ NeYo ( Closer to my Almighty..:)

6. WHAT IS YOUR MOTTO?

Atas Nama Cinta ~ Rossa ( My life generator is Loveeee.. jiwang karattt!!)

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

When I grow up ~ PCD ( emmm.. ?..alhamdulillah aku ada gen awet muda (ayat Tapujek),,bwhaha,..gaya pun mcm budak2!! Padahal sudah Tua umurnya!

8. WHAT DO U THINK OF YOUR PARENTS?

Saikou No kaotomo ~ Theme Song for ‘Colorcloud palaces’ anime.

( Ask my niece.. lyrics of this song is about “Daun2 Berguguran, Aku Mau Terbanglah..”..arggghhh apa mau dikaitkan dgn parents aku?.. Owhh ya.. my mom suka beli barangan elektrik Jepang..Sudah,Titik!

9.WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Ketulusan Hati ~ Anuar Zain ( think very often bout others feeling, besides of my very own feeling..)

10. WHAT IS 2+2?

I Got it from My mama ~ Wil I Am. ( Owwhhh..)

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BESTFRIEND?

Sandaran Hati ~ Letto ( Thanks my Friends, selalu jadi tempat aku menyandarkan masae’lah)

12. WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

Kekasih Gelapku ~ Unggu ( Meskipun tiada satu orang pun yang tauu..)

13. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Dewi ~ Dewa19. ( Im an angel in their hearts! Zangan zeless!)

14. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

Beautiful Girls ~ Sean Kingston (Ngehehehh biutipull lah selama2nya..)

15. WHAT WILL THE PLAY AT YOUR FUNERAL?

MaraBahaya ~ Pop Shuvit ( Mcm KO pasal merempit jak ni?.. palis2!)

16. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

Kisah Tak Sempurna ~ Samsons ( Haku mmg suka main Jigsaw Puzzle, gambar kisah yg tak sempurna, aku sempurnakan.. (Lagi sekali ayat Minta Pujik)

17. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Sorry blame it to me ~ akon ( sorry blame it to me, coz I wont tell u my biggest secret..)

18.WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Mercy ~ Daffy ( Yeah.. they got No Mercy!!.. arrrrr!!)

19. WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?

Falco ~ Theme Song The Law Of Ueki! (..ngaaaaa…..?? )

20. HOW WILL YOU DIE?

If I were a Boy ~ Beyonce ( Beehhhh..)

21. DOES ANYONE LIKE YOU?

When Youre Gone ~ Avril Lavigne ( emke..emke..emke..)Bila aku dah tiada baru ada orang suka aku?..

22. IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?

Emotions ~ Mariah Carey (Yezza,, im way too emotional, n I hate it! )

23.WHAT HURTS RIGHT NOW?

Dangerous ~ Akon Feat Kardinal offishal ( Dangerous mind of mine..)

24.WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Termenung ~ JeffriDin ( Ini Lagu plihan Bapaku ahh.. kamu jangan tuduh aku….huhuuuu)

25. WHO I TAG:

1. Ummu Solehah

2. Miss Dreamer

3. Singgat.

4. Tujuh Kaki Dalam

5. Matadore.

6. Epal.

7. Luna the Crypt.

8. Nikita Mokujo.

9.Anyone who read

Ndak lama selepas Tag dari Izza, my dear new friend Solehah pula mengirimkan `Tanda’.Okey bah kalau kau Leha..dilayaann bah..hehe.Kebetulan time aku layan Tag ni, aku tgh emo sikit. Macam2 masalah sebenarnya yang aku hadapi di saat dan tika ini..huhuu.. Layan Tag ni bleh buat fikiran jauh jap dari masalah..Layaaannnn..

My Top 10 Most Favorite Foods:
1. Nasi putih dgn Telur mata sapi ( Telur goreng ) dibubuh kicap dan sos cili..huhu
2. Ayam masak kicap my mom masak ( Aku dri dulu mmg addicted dgn KICAP!)
3. Sosej masak Sos.
4. Tomyam.
5. Maggi Goreng Asli.
6. Kek Coklat my mom buat.
7. Sotong masak hitam my bapa masak.(Baru aku sedar aku suka yg Hitam2.mudah2an hati aku xlah sehitam Kicap cap bendera)
8. Cheese Cake.
9. Kuih Apam Bola made in Nunuyan.
10. Nasi Goreng USA.

Top 10 Things I Love Doing:
1. Berbelog. Suka baca blog org, suka baca fikiran dorg, cerita, dan best kalau ada nasihat yg terkena dgn aku.
2. Jalan- jalan dgn family n friends.
3. Membaca. Apa saja dibaca, Majalah, novel, Diary anak2 buah, dan buku2 motivasi, Buku Agama untuk muhasabah diri.
4. Melukis, dulu aktif lukis potret sekarang mcm kurang dah..
5. Berkumpul dengan sepupu, anak buah dan bercerita hantu.Siap ada gaya lagi bercerita tuh..
6. Bergurau senda ( Mendera sebenarnya) dengan kucing yg skema Ating.
7. Suka sampai di tempat baru, explore new place and new thing!
8. Kalau berjalan2 di mana2, suka perhati design rumah orang, suasana persekitaran rumah orang.Tapi x bek sibuk `mencubuk’ (skodeng) dalam rumah orang!
9. Belajar, belajar apa saja untuk memperbaiki diri.
10.Luv swimming actually, dulu masa kecil pernah berenang2 ke tepian hampir setengah hari with my twin sister n cousin, the result= Kami Bersalin kulit. My Mom tidak mengaku kami anaknya! Hahaha..sebab jadi Hitam Macam Dayang senandung!

5 Things I Love Doing When I'm EMO :
1. Tidur.
2. Cuci kain.
3. Menangis muka hudoh dlm bilik mandi, sambil memerhati corak lantai bilik mandi.
4. Berkaraoke out loud walau suaraku mirip enjin Turbo.
5. Muhasabah, mendekatkan diri dgn Tuhan.

Top 5 Types of Guys I Adore :
1. Lucu semulajadi. Boleh buat aku ketawa ikhlas, bukan ketawa sebab mau ambil hati lawak dia yang x menjadi hahaha..jahatnya aku.
2. Pintar, pandai, tegas, berwawasan jauh, (Eh banyak lak ni?..)
3. Menerima aku seadanya.
4. Sayang aku sampai bila2.
5. macam Ummu solehah, dia mesti Soleh.Supaya boleh guide aku.

5 Things I Love Doing When I'm Happy :
1. Belanja orang makan atau belikan dorang hadiah.
2. Bersyukur KepadaNya.
3. Akan tangkap gambar of the moment yg buat aku hepi.
4. Buat lawak Bodoh.
5. Menikmati saat gembira itu seadanya..

Things I Wish To Happen :
Aku, keluargaku, sahabat2ku, org tersayang selamat dunia dan akhirat.

Sekurang2nya aku ada sebuah perusahaan/bisnes/kedai yang aku miliki sebelum aku meninggal dunia/tua.Lepas tu aku ndak mau sombong mcm org2 kaya yg sombong, aku mau tolong my family yang susah..Lepas tu tolong org lain apa yang termampu Aminnn..

My Top 10 Most Addicted Song :
1. Munajat Cinta ~ The Rock feat Ahmad Dhani.
2. I Don’t Love u~ MCR
3. Tapi Bukan aku ~ Kerispatih.
4. Falco ~ The law of Ueki.
5. Semua lagu RAYA.
6. Dewi ~ Dewa19
7. Aku Cinta Kau & Dia
9. Lagu2 Old Automatic Garbage album pertama.
10. Kelapa dan Orkid, Saya Nak balik duit saya!”

People I Wish to Tag :
1. Epal
2. Singgat
3. Miss Dreamer
4. Luna The Crpyt
5. Tujuh Kaki Dalam
6. Matadore
7. Izza The Pinkertone!
8. Nikita Mokujo.
9. Sesiapa yang terbaca entry ini!
10.Fidel Castro.

Saturday, December 13, 2008

Aku ndak suka keadaan ini ..

Keadaan ini sudah lama berakar umbi sejak aku kecil lagi…

Waktu kecil aku ingatkan ia hanyalah dodoian sebelum aku tidur..

Suara2 mengalunkan bahasa yang aku mungkin dengar dari dalam perut mama lagi..

Mengumpat *!@$%&*...

Mengkali sudah menjadi kebiasaan atau genetic turun temurun..

Atau budaya, kalau ndak dibuat ndak syoklah hidup tu kunun..

Dan ejen2 syaitan yang giat mengipas dan menambah minyak marah..

Aku pun kadang2 secara separa sedar atau tgh marah akan termengumpat juga..

Beristighfar banyak2..

Sebab banyak kali sudah aku ditunjukkan oleh Tuhan..segala kata2 burukku terhempap jatuh ke atas kepalaku semula .Semuanya balik kepada hidup aku juga..

Aku bukannya orang yang alim warak,tetapi aku mau berubah..(insyallah doakan aku, aku ndak mau cakap besar..)

Aku ada terbaca kata2 hikmah, tetapi aku lupa sumbernya, kata2 sahabat nabi..

“Orang yang warak, beriman dan takut kepada PenciptaNya, seperti orang yang sedang sakit tenat… dia hanya akan sibuk memerhatikan penyakitnya, dan tidak akan sibuk memerhatikan sakit orang sekeliling”

Pemahaman aku, orang alim ni tidaklah sibuk2 mau mencari kesalahan orang lain, dan sibuk menjaja cerita2 keburukan orang lain, sebab dia sedar diri … dirinya sendiri pun banyak dosa dan cacat cela. Di mana dia sibuk berdoa minta diampunkan dosanya, memperbaiki amalannya, dan bertaubat kepadaNya.. jikalau pun dia ternampak keburukan orang lain, dia tidak terus mau menjaja atau mengumpat memaki hamun sesuka hatinya, mengkondem orang.

Kalau nampak ada yang tidak baik, kita berdoalah supaya orang itu berubah. Sebab apabila kita doakan yang baik2 kepada orang lain, dan Allah mengabulkan doa kita itu. Kita pun akan mendapat kebaikan dari doa itu.

Kebetulan selepas menaip entry ni, aku terbaca buku ni, 'Penenang Jiwa ; Pengubatan & Rawatannya' Terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub.Mukasurat 88,

Rasulullah SAW bersabda:

"Takutlah ghibah. Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat,Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya."

Monday, December 8, 2008

Godzilla VS Siti Nurhaliza!

Statuz# Sedih mau jadi cengeng jap..

Assalamualaikum..

Aku Sekarang tengah mellow selowww..

Sedih … Tuhan saja yang tau apa yang bergolak dalam hati dan fikiranku..

Sambil lipat2 kain.. dalam bilik sekitar jam 10.30 malam..

Perut pula kekenyangan makan juadah Hari raya Korban..

Meng’connect’2 hape (Hphone) anakbuah ke speaker biar sound dia Dum Dam Dum..

Wahai jiran-jiran, aku mintak mahap.. malam ni bagi aku chance melayan jiwang..

( Alah, sekejap jak pun..)

Lagu `I Don’t Love u’ MCR tengah menggegarkan taik telinga…

Tiba-tiba aku teringat kawan baik aku.

Dia antara manusia yang rajin mendengar keluh resah aku..

Aku suka berkawan dengan dia sebab dia honest, terus terang, dan x eksyen.

Waktu menjadi pendengar setia, dia tidak 100% sokong atau iyakan saja apa yang aku rasa, luahkan.. dia sokong juga, tapi sokongan moral gitu..

Kalau dia rasa apa yang aku cakap tidak serenang dengan arus pemikirannya, dia akan tegur tetapi tegur penuh hati2 ( Sebab dia tau aku sensitif)

Lepas tu kami boleh berbincang apa saja dengan tolak ansur, memang kami secara luaran bertentangan sekali.Orang boleh tengok, kenapa dua perempuan ni boleh berjalan ketawa bersama..?

Dia seksi dan ranggi, aku kampungan dan muka kebanyakkan.. muahahaha.. ( Tapi aku sangat2 bersyukur tuhan pinjamkan aku tubuh badan yg tiada masalah.. alhamdulillahh!)

Aku dengan kawan baikku yang sorang ni.. ( sebenarnya aku ada beberapa lagi orang kawan baik.. rasa bersalah ni, nampak mcm pilih kasih pula.. ur turn will coming up soon bebeh heheh..) adalah antara yang terlama berkawan dengan aku.

Aku gelar dia di sini, ‘Godzilla’. Sebab nama sebenarnya hampir sama dengan benda alah tu. Tapi saiz badannya bertentangan sekali dengan saiz ala2 godzilla..

Ntah kenapalah waktu ni aku ingat betul dan maunyaa bercakap dengan dia.. asalkan ada dia di sini dan keluar dengan lawak syok sendirinya tu pun blehlah..

( sorry ah, kami bukan bercinta! Puhhhleasee..)

Disebabkan kerapatan kami time skulah menengah di sekolah all girl, kami dicop pasangan Lesbian! Adakah?!..Duuwpang!

Budus jugak mulut2 yang menyebarkan fitnah ni!

Seb bek time tu aku cool rileks jak.. rasa lucu pun ada gak, rasa gelii pun ada..

Mungkin mulut2 hampagas ni berbibiran macam tu sekali, sebab dorang tengok dari luaran..

Semua ni bermula dengan insiden aku-ke-kedai-gunting-rambut-murah-ah sau-tua-salah-potong. ( Ndak menjadinya ayat ni!!)

Rambutku digunting jadi maha pendeknya!! terus jadi macam rambut lelaki.Note: Lelaki! bukan tomboy! Kalau tomboy tu mungkin adalah sikit nampak juga keperempuanannya. Ini lelaki! aku tengok dalam cermin pun aku malu!! WUuuuu...
Sebenarnya aku mau potong rambut pendek ala2 tomboy yang macam dalam video clip Rihanna Taik Kerbau (Take a Bow ).. memanglah time tu Rihanna pun belum ada lagi, tapi aku bagi contoh jak.. ( Matilah sepalah paham ayatku ni?)

Aku pun keluar dari kedai-gunting-rambut-murah-ah sau-tua-salah-potong dengan amarah yang ditahan2, dan adik aku pula memberi kata semangat "Tumbuh juga nanti rambut kau tu.. kau ikat jak rambut tu siang malam, cepat tumbuh tu!"

Time aku remaja2 manada pakai tudung, jadi berjalanlah aku dengan rambut baru haru biru. Aku, adikku berjalan balik ke stesyen bas. Tiba2 aku ternampak bekas kawan satu sekolah rendah, yang dulu boleh kira kamceng, geng karaslah jugak. Excitedlah aku, terus berteriak panggil namanya.

"Siti Nurhaliza!" ( Bukan Nama Sebenar )

Kawan aku yg kena pangil ni terus menoleh memandang aku.Tapi reaksinya tidak seperti biasa. Iaitu akan gedikzz berlari2 anak menerkam diriku yang amat disayangi ramai nih..Huhuu..
( Sempat lagi mintak puji!) Malahan dia buat muka lagi, menjeling2 x suka, macam muka yang kena tampar malaikat!

Dia ni PMS ka?.. Aku ada hutang sama dia ka?..

"Siti Nurhaliza ! " ( Bukan Nama Biasa )

Kali ni giliran adik aku pulak yang memanggil. Adikku ni masih suci bersih rambutnya dari dinodai oleh Ah Sau tua tadi. Jadi tiadalah unsur Tomboy atau pengkid !

Kawan aku ni terus pandang adik aku. Dia mengecilkan mata, entahlah sebab rabun jauh, atau sebab silau matahari, atau saja buat gaya macam cute..hampeh!!

Terus dia datang senyum2 ke arah kami. Dia datang terus menerpa ke arah adik aku. Yang aku ni tercongok jaklah ndak dilayan. Padahal dulu time skulah rendah, aku yang jadi geng karasnya?..adik aku ada geng karas yang lain?..

Di dalam saat2 itu, aku ingat lagi, sempat aku bermuhasabah diri ( Chewah!)

Apa salah aku dengan dia?.. aku ada hutang ka dengan dia ni yang aku buat2 lupa?.. hutang nasi lemak dulu kan mama aku sudah bayarkan?.. Aku rampas boyapren dia ke?.. Boypren dia pun aku ndak pernah nampak batang hidung?.. atau hari tu aku datang rumah dia tumpang tandas aku lupa Flush?!.. Tidak juga?..

Tapi yang aku heran, kenapa cara dia bercakap pun jadi lain?.. Biasanya dia ni main lepas jak. Ceria aka gedikzz tahap yg boleh dimaafkan lagi. Yang ini macam sekutip (Eksekutif) bagi ceramah pasal tangga gaji lak.. Sopan yang amat! Gayanya bercerita lembut dari biasa. Tangan kanannya memegang bahai ( plastik ) ada Sanggar ( Pisang Goreng ) di dalamnya. Tangan kiri asyik membetulkan rambut pony di depan dahi, dan diselitkan secara lemah gemalai di telinga gabaknya..

Aik Control Cute?!.. Ting! Terus dapat petunjuk! aku pun terus pegang rambut baru aku. kelam kabut mau mencari cermin, tapi tiada pula cermin masa tu. Rambut pendek aku ni rupanya punya pasal. Time tu malu untuk pihak kawan aku pun ada. Rasa sedih sebab disalah tafsir jantina pun ada. Lepas ni x moh keluar rumah lagi lah! Proteslah tu kunun!..

Bila sudah mneyedari hal tu, aku pun diam jak perhati gaya kawan aku ni. Senyum2. Begini rupanya kalau perempuan control cute depan lelaki. Eiihh geli geleman aku tiba2, aku disangkanya lelaki?.. Cuba kamu wahai saudariku yg terbaca ceritaku ni, berada di tempatku?, Kau bagus2 dijadikan perempuan, berperasaan perempuan, tiba2 di depanmu, kawan lama layan kau macam kau ni lelaki hensem! miahaha.. Gelii, mcm ngilu aku rasa di hati.

adik aku lak, x tau plan aku. Mungkin dia rasa lain kenapa aku ndk excited jumpa kawan lama.

"Oii.. munache! ( bukan nama sebenar ) kenapa kau diam jak?!.. Ini bah si Siti Nurhaliza ( bukan nama dia ni)

Kawan lama aku ni pun tengok aku betul2, aku senyum2, bersuara ..ahhhhhhh.. mau kasi dengar vokal yang keluar dari leher aku ni perempuan bukannya jantan!

" Mesti kau fikir aku ni lelaki kan tadi?!" terus aku membebel pasal Ah Sau tua yang salah gunting rambut aku..bla bla yada yada..

Dia pula malu2 terus datang menerkam aku untuk mengkabe (cover) malunya.

"Kau kah ni Munache?!.. sial ko aku ingat budak lelaki mana tadi?!"

Wahai saudara saudariku... aku tadi mau cerita pasal kawan baik aku si Godzilla kan?...

Yang aku pi membebel cerita benda lain ni?.. itulah menaip ikut emosi... menyimpang cerita jadi tomboy, potong rambut, kawan baik sek rendah, etc..

Haaaiiiihhh.. aku tengah sedih ni.. Godzilaa uiii!!!

Mana ko ni susah jugak mau dikol!!

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Haji!

Besok umat Islam menyambut Hari raya Aidiladha!!

Moga kita sentiasa di bawah LindunganNya..

Tiap2 tahun di tempat kami sambutan Hari Raya Haji ndak semeriah Hari Raya Puasa.

kami menyambut ala kadar saja..

lagipun di rumah sekarang, adik beradik ramai yg sudah berjauhan, kerja di tempat orang.

Nasib baik ada anak2 buah..

Aku ni sekarang mcm malas sudah mengupdate blok kelapa sawit ni..

Janji mau senaraikan 'arus kesedaran' dari novel ayat2 Chenta pun blum buat lagi..

memang dasar pemalas lak aku ni.

aku mau ubahhh..

mau ubahhh

Gayaku negatif yg satu ni..

Pemalass..

Uikkss lari topik...

Akhir Kata kepada sobat2 di alam Blogosferaku ( yang ada dan menyubuk2 tu..)

aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA! MOHON MAAF JIKALAU ADA YANG TERKASAR BAHASA DAN TERSINGGUNG RASA!!

Wednesday, December 3, 2008

Thoughtful and considerate?..:)

Petangnya aku 'berjalan2' ke Blog2 orang yang belum aku singgah..

Terjumpa Blog Pink Mama yang cantek.. curious mau tau aku punya personality blogging..

mungkin ada terkena sikitlah.. hehe

Lepas ni korang cubalah... apa jenis personality blogging kamu?

Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate

You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.

Tuesday, December 2, 2008

Master piece by Kang Abik...

Aku mungkin seloww.. orang sudah habis huhahuha..aku baru mau mencari...

Cari in
i..

Best Seller Mega ~ Sebuah novel Pembangun Jiwa

Ayat ayat cinta.. Aku mau baca novelnya dulu..sebab orang bilang novelnya lagi menyentuh daripada movie.. Lepas tu baru tengok movie dia.. ( Pelakon lelakinya bagi aku dan anak buahku, mcm x sesuai dgn gambaran watak Fahri )

Memang banyak bagi pengajaran.. dan aku yang berhati keras ni.. menahan2 sendu di dalam hati daripada menangis kerana insaf sedih.. ( ayat sastera tuh!!..masih dalam pengaruh tulisan Kang Abik kali ni.. )

Nanti kalau dorang anak buahku
nampak aku menangis sambil baca novel mesti dorang bilang aku jiwang..

Huhhu egonya aku ni bah..

Sesuailah dengan gelaran `Novel Pembangun jiwa', Novel ni banyak bagi aku kesedaran..

Insyallah jika ada masa, aku mau kongsikan kesedaran2 yang timbul bila aku baca novel ini..

Macam mengulas , tapi bukan mengulas yg mcm pro2 ahli akademia..hihi

Mengulas balik secara sederhana mengikut arus kesedaran yang aku terima..

Pendek cakap, aku hantamlah tulis apa aku suka.. ndak payah skema, sebab aku ndak master dalam formaliti ni..ngehehe..

Terus terang.. aku ni malas menulis panjang2 bah sebenarnya huahuahuahua..

Sunday, November 30, 2008

Kau buat jahat dengan orang lain, Tuhan maha adil semuanya akan kembali dengan kau.

Arnab kuning ni belum merasa balasan lagi niii...

Kalau orang putihnya mungkin sama dengan frasa ‘What goes around comes around’. [ Kalau frasa ni salah tlg betulkan :) ].

Mungkin ada satu hari dalam hidupmu… kau sedar kau sudah dan sedang melakukan kesalahan terhadap orang lain. Kau tau tu semua, tapi kau teruskan saja, sebab tau orang yang jadi mangsamu tu tidak akan tau apa2.

Tapi Tuhan itu Maha mengetahui….

Lambat laun ‘benda jahat’ yang kau lakukan tu, sekonyong2nya datang balik bulat2 dengan kau.Tapi kau masih tidak sedar. Memaki hamun, dan menyalahkan orang sekeliling atas musibah yang berlaku…

Kononnya kaulah mangsa atas segala masalah, atau penganiayaan yang berlaku dalam hidupmu.

Tapi bila Tuhan mendetikkan di hatimu, mem’flash back’ perlakuan jahat yang kau buat dulu2 sama dengan apa yang orang buat kau sekarang.. baru kau tersedar…

“Ohh.. begini rupanya rasa bila aku di****, dan di****.”

Sakit kan?

Waktu dulu2 kau buat orang begitu, tidak pulak kau cuba selami apa yang dia rasa..

Kau anggap dia akan faham situasi ni..and he/she will recover or heal in anytime soon…

Memanglah senang cakap.. orang yang rasa bukannya kau…

Kita manusia hambaNya yang lemah… Jangan sombong dan yakin riak dengan apa yang kita cakap… Hati2.. Allah tidak suka hambaNya yang hidup di atas muka bumi ni berperasaan riak, sombong…

Sebenarnya Monolog dalaman ni nasihat dan peringatan untuk aku juga…

Bukan aku mau tunjuk aku bagus… tidak..

Aku banyak kekhilafannya…

Maafkan aku..aku cuba berubah dari yang tidak bagus kepada yang baik..

Secara pelan2, tidak mau secara drastik bak kata Siti Nurhaliza..huhuuu

Thursday, November 27, 2008

Susahnya mo mengupdate!

Inilah dia `Rumput' yang aku maksudkan....

Ntah berapa kali aku cuba post kat belog sepot ni.. <-- perkataan belog sepot copy paste from pandarella

Error..error jak..

inilah kali kalau duduk atas bukit Blok kelapa Sawit..

muahahaha...

Aku ingat terkuburlah lagi blog aku untuk kali yang ketiga..

Tapi insyallah..aku teruskan juga blog ni sampai entry yang keseratus!!... InsyaAllah..

Walaupun boring dan ndak best aku teruskan jugak..

Biarlah Blog ni jadi macam rumput ( San Chai )...

Walau ndak dipeduli, dipijak2, dikasih racun biar mati..tapi dia tetap gagah dan tumbuh balik..

Monday, November 17, 2008

Rasa Hati...

Bila Rasaku Ini Rasamu ~ Kerispatih

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu

Seluruh jiwa telah kuserahkan

Menggengam janji setiaku

Ku mohon jangan jadikan semua ini

Alasan kau menyakitiku

Meskipun cintamu tak hanya untukku

Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu

Sanggupkah engkau

Menahan sakitnya terkhianati cinta yang kau jangka

Cuba bayangkan kembali

Betapa hancurnya hati ini kasih

Semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu

Sunday, November 16, 2008

( Sambungan ) 10 sikap Manusia Yang Aku Temui...

Waaarrgghh..Marah ni !! Marahh!!.. Wai pa makanan untuk aku!!!

aku sambung buat tajuk entry ni..atas sokongan sarjan Mejar Ochs.. thanks for support my humble blog..

3. Panas Baran

Ikut suka hati mamak bapak dia jak kalau dia mau marah... Apa dia ingat dia seja yang boleh marah dan ada perasaan marah?.. Orang lain pun ada bah... Tapi bergantung pada jiwa atau sikap seseorang tu macamana dia mau mengawalnya..

Aku ada terbaca artikel tentang marah ni. Orang yang mudah marah ni, sebenarnya BODOH.

Minta Maaf kepada durang2 yang suka marah .. bukan aku yang cakap..tapi artikel yang aku baca yang cakap ni..

Bila aku fikir2.. iyalah, orang yang suka Marah2, mengamuk ni, Tahap EQ ( Emotional Quotient ) dorang rendah atau tiada kali.. EQ ni seperti yang aku baca dalam buku motivasi Dr. HM Tuah adalah keupayaan manusia mengawal emosi dorang. Bercerita pasal emosi, mesti dikaitkan dengan wanita.. tetapi kebanyakkan pengalaman hidupku, orang2 yang beremosi ni adalah kalangan lelaki. lelaki yang sangat beremosi?..Pondankah dorang ni?.. ndak jugak..

aku pulak yang beremosi ketika menaip entry ni..teda tau kenapa.. Aku bodoh juga kot?..muejehehe.

Berbalik kepada marah ni. Aku sebenarnya kurang setuju juga kalau orang marah ni terus dicop BODOH.

Ada sesetengah kes.. orang marah atas tujuan yang bagus..atau marah bertempat..

Dia marah berhematlah ni kunun2nya..dalam marah pun boleh mengawal emosi mau memarang orang ( berparang sai tu..mainan orang suluk )

Dia marah mungkin sebab untuk membetulkan sesuatu yang tidak kena di pandangan matanya..

Atau untuk mempertahankan dirinya..

Tapi sebaik2nya kalau time marah memuncak tu..bacalah ayat kursi.. baca 8 kali.. lepas tu ludah seblah kiri dan kanan..Tapi ndak payahlah ludah sampai ber *haakk tuaii*.. ludah asal niat jak.. simbolik meludah kiri dan kanan tu, adalah meludah setan di kiri dan kanan yang giat memarakkan amarah kita dengan hasutan..

Aku selalu praktis ni dan ia amat berkesan sama sekali dgn aku. Terus hatiku yang panas membara tu hilang ataupun tenang seketika.. lepas tu pandailah aku tu bercakap..

" Aii?..aku marah pasal apa tadi ?"

Ini bukan minta puji tapi kenyataan.. Aku memang bukan alim ulama orangnya, tetapi aku baca tips ni dari buku Agama lah juga.. Tidak percaya?..cuba try test kalau marah tu rasa2nya ndak dapat dikawal lagi...

Kadang2 aku perasan .. cara aku menulis pun macam adikku jugak.. Mau cerita satu Topik, tapi meleret2 cerita lain.. banyak bunganya.. hehe.. ( Eg, jangan marah ahhh kita sama bahh.. ) Sebab tadi aku mau cerita gaya atau sikap manusia yang aku jumpa .. tapi jadi cerita pasal Marah, EQ, dan tips hilangkan marah...hehehe.. Whatever.. tiada juga pensyarah atau cikgu mau potong markahku bila baca entry ni... Licensa poetica bebeh..Licensa Poetica!*

Nota Lutut:

* Licensa Poetica - bahasa itali maksudnya..lesen untuk pemuisi atau penulis etc.. Lesen untuk melanggar apa2 saja skema penulisan.. untuk kebebasannya berkarya..

Sunday, November 9, 2008

Senarai Kesyukuran

Jgn Marah Hanis, aku copy paste pic ko sebelum minta ijinn.. ampunkan gue embakk!

Semalam ndak dapat tidur awal. Jam 1 pagi jugak baru tertidur.. Padahal banyak kerja yang belum beres..macam biasa aktiviti waktu malam..membaca2 Blog orang. Semalam terlekat di Blog Hanis Zhalika. Best gak baca Blog model muda tapi masih mengekalkan adat ketimuran dan kuat berpegang dengan ikatan keluarga..

Itulah dont judge book by its cover.. dia mungkin nampak seksi tapi mungkin dia ndak liar. Ini first impressionku bila baca Blognya semalam, tapi i barely dunno her.. Dia tagged semua orang untuk senaraikan kesyukuran kamu di dalam hidup kamu...

Bagus Tagged dia ni..Selalu beryukur boleh buat hati kamu tenang tau..sebab manusia ni ndak pandai bersyukur...sentiasa rasa ndak cukup...sentiasa maukan benda atau sifat yang ada pada orang, sehinggakan membuatkan hati kamu tidak tenang..

Dulu, bila aku rasa jeles...rasa kesian dengan diri sendiri..selalu rasa "Kenapa aku ndak macam dia?.." atau " Cubalah aku ada benda tu ?".. Aku ubahkan point of view aku..aku cuba bersyukur atas apa yang ada dalam hidupku... aku jadi tenang selepas itu..

Sebab percayalah manusia selalu lupa menghargai apa yang ada di sekeliling dorang.. You dont know what you got until its gone..

Okeylah, ndak banyak cakap.. aku mau bersyukur atas apa yang aku ada dan berterima kasih kepadaNya..

  1. Ya Allah.. aku bersyukur sebab ada Mama dan Bapa yang sayangkan aku.

  2. Ya Allah.. aku bersyukur sebab ada keluarga, adik beradik yang prihatin dan sayangkan aku.

  3. Ya Allah..aku bersyukur sebab ada kawan baik yang masih setia dengan aku..bersama2 menjalani hidup yang penuh ranjau ni..dan setia berkongsi masalah dengan aku.

  4. Ya Allah..aku bersyukur sebab kau kurniakan aku anggota badan yang sempurna. ( Berisi sedikit sebab aku ndak menjaga badan hehe..)

  5. Ya Allah aku bersyukur sebab Kau kurniakan aku mata untuk melihat.

  6. Ya Allah aku bersyukur memberi aku peluang merasai kekuatan cinta.

  7. Ya Allah aku bersyukur kerana selalu menguji aku untuk aku menyedari kekhilafanku dan membuat aku lebih tabah..

  8. Ya Allah aku bersyukur dilahirkan sebagai kembar dan merasai special bonding..walaupun kami dulu selalu bergaduh, bertarik rambut.. ( Sorry sis! biasalah budak2.. selalu bergaduh, air dicincang takkan putus!)

  9. Ya Allah aku bersyukur sebab ada juga insan yang sudi membaca bebelan ku di Blog yang serba humble ni.. ( kalau ada..)

  10. Ya Allah aku sangat bersyukur padaMu sebab memberikan aku KEHIDUPAN. Atas kurniaMu ini aku dapat buat banyak perkara dan merasai nikmatMU..mudah2an aku mendapat lebih PetunjukMu dan menjadi hambaMu yang Soleh..

Kepada readers..(Kalau ada).. Tajuk di atas boleh diubah..tidak semestinya senarai kesyukuran..Boleh simpan senarai kegembiraan.. "Aku gembira kerana..Etc.." Buatlah di Blog kamu, nanti aku bolehlah baca hehe..

P/s: Terima kasih kepada adik manis Hanis Zhalika kerana memberi inspirasi and to her beautiful mother.. May God Bless their family..

Saturday, November 8, 2008

Sehati Berdansa..

Tadi aku baru habis tengok 'Sehati Berdansa' di astro ria. Tema dorang malam ni Hip Hop street dance. Aku pun mau komen pasal Sehati Berdansa nih.. dari sudut pandanganku yang naive dan humble lah ni kunun2nya..

  1. Pasangan Rina dan lakinya ( aku lupa sebenarnya nama lakinya ) ~ " Rina nampak macam bersungguh mau menang, lakinya ndak juga kan?..selamba jak. Cuba perhati time umumkan markah.. serius banget sih!"

  2. Pasangan Lisda dan Fauzi ~ " suka tengok air muka Lisda time menari, nampak hepi dan ikhlas, tapi Fauzi punyalah ndak ngam menari HikHok (hiphop)..ngam jadi pendekar jak lah bah.. "

  3. Pasangan Khai dan Rosma ~ "Dorang ni ok..tapi kadang2 over konfiden..si Rosma tu.."

  4. Pasangan Shasha dan Sylo ~ " Suka tengok si shasha jadi patung..ngam betul, sylo macam pakcik drebar teksi indon yang menari di jalanan sementara menunggu penumpang datang" that is so mean u!

  5. Pasangan Jamal dan Ida ~ " Soooo seellloowww "

  6. Pasangan Ani dan lakinya ( aku lupa juga nama hubbynya nih ) ~ " Badan dorang ni sesuai jadi penari..dorang buat salah pun, ndak berapa ketara.."

  7. Pasangan Amyza dan suaminya ~ "amyza.. something wrong with ur appearance tonight?..juri yang pertama tu membuhung jak time cakap imej kamu okey.. aku tengok macam makcik2 sugar mummy dengan drebarnya.." mulutka lagi tu?

  8. Pasangan Mazin dan isteri ~ "Pasangan yang okey dan humble bagi aku.. suka dgn isteri mazin yang lembut bila menari walau badannya chubby sikit.. suka dgn pasangan ni... "

Siapa lagi ah..aku lupa lah..aku ni macam nyanyuk2 sudah kali...banyak benda aku susah mau ingat dah.. Rasanya ada lagi pasangan tapi aku ndak berapa tumpukan perhatian, sebab terganggu oleh Linda Onn tadi..aku TIDAK suka Linda Onn dari dulu..dunno why..? Ndak suka dengar tone intonasi suaranya yang melebih2 waktu sebut " Sehati Berdaaannsaa"... macam trep2 bagus.. tapi biarkanlah bah... tapi aku ndak suka juga...sorri kak Linda!..

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails