Monday, June 23, 2014

Day 31 & 32 : Aktiviti anak beranak #02.

Tengok tu.. Main culas sekarang..hari sudah digabungkan sekali haha..

Kemarin daddy bawa berjalan supaya aku ndak melayan pening di bilik..

Tapi walau di luar pun rasa pening tu akan datang tak kira masa..

Umar harini dibelikan alatan seni pulak.. Sebab dia suka melukis-lukis dalam apps yang banyak free dalam playstore tu..

Aku belikan dia sketch book di Daiso..sebab sketch booknya yang pertama full sudah kena conteng.. Daddynya pulak belikan dia Pastel color yang macam batang-batang orang buat sketch..macam chalk tu..

Jadi biar dia rasa melukis yang betul-betul punya.. Biar dia rasa sendiri tekstur yang dilukisnya..aha giteww..

Memang betul-betul dirasa tekstur tu..lepas conteng dengan pastel color habis diblendnya dengan tapak tangannya.. Aku tertidur terlelap sekejap..sebab ingatkan dia dijaga oleh daddynya ..rupanya daddynya pun tertidur juga..

Umar kasi bangun mommynya.. " Mommy-mommy kenapa ni??" dia kasi tunjuk tangannya yang macam seniman profesional penuh warna warni.. Nasib baik senang dibersihkan..

Rupanya dicontengnya sekali di atas meja 'work stationnya'. Dan sekali lagi nasib baik senang dibersihkan..

Dibawah ni art exhibit kunun-kunun dari anak beranak mama dan anak. Dengan daddy dipaksa disuruh jangan bergerak untuk beberapa minit menjadi fokus art.. Ndak aku tau apa namanya orang yang jadi model untuk dilukis tu..

Saksikanlah..

Saturday, June 21, 2014

Day 29 & 30 : Kurang sihat ..

Lemas beberapa hari ni..

Rutin harian terganggu sedikit..

Cabaran seratus hari yang ini pun sudah ndak smooth jadinya..

Sekarang ni memgagahkan diri..dan tidak melayan segala pening dan sakit kepala huhu..ndakpa..sakit penghapus dosa kan .. Insyallah..

Mungkin ini permulaan.. Nanti akan hilanglah tu..

Kerja beberapa hari ni tidur terbaring saja macam kucing di bawah tu.. Hehe..

Si Umar anak yang baik dan sangat memahami walau masih kecil.. Diexplain bagus-bagus yang mommynya sakit.. Dia faham dan ndak kacau mamanya.. Sayang anak mommy.. :)

Thursday, June 19, 2014

Day 28 : Sorry..

Rasa bersalah juga rasa puas hati juga ada...

Bukan berniat sengaja menyakitkan hati kamu..

Tapi aku ndak tahan sudah..

Mau ada juga orang kasi ingat..

Tapi bukan bermakna aku benci.. Tegur tandanya sayang bah kan..

Kalau terasa ..maafkan ibu yang tengah proses berubah hormon ini.. Huhu..

Wednesday, June 18, 2014

Day 27 : Reviu Buku ' The Fault in our star by John Green'.

Sesiapa yang expect reviuan cerdik lagi bernas boleh google review lain..ini ulasan dari seorang yang makcik-makcik. Sudah aku bilang entry sebelum ni.. Kentaralah ndak dibaca blog ku betul-betul..

Hewhewhew... Saja bah aku buat pembuka entry di atas tu garang-garang..huahua..aku ndak garang pun..saja-saja mau provoke baaahh.. Jangan bah kau merajuk...heuheu..

Aku terbayang mau buat novel sabahan bahasa dialog sabahan sepenuhnya.. Kamu rasa adakah penerbit yang mahu gamble nasib terbitkan ?..

Naa kan melalut lagi aku..okey straight to the point..

Aku tergerak hati untuk membeli dan membaca novel karya genius tiada perasaan cakap ndak berlapik John Green ini sebab kerja-kerja menterjemah yang dikirim oleh Buku Fixi sebagai test itu..

Dan aku selalu stalk Facebook Fixi Verso.. Aku rasa cara mereka mengupdate status demi status..mula-mula cakap tahniah..bla2 sekian2 orang sudah hantar test translation seramai 41 orang out 125 orang..adalah cara halus yang genius untuk mengasitau..ko ada beratus pencabar..jadi jangan terlalu mengharap..

Lepas tu updatean seterusnya bilang..tahniah 6 orang sudah ke peringkat kedua..sila check email anda.. Aku apalagas terus check email.. Dua hari okey aku refresh2 email siap check bulkmail.. Wairuun juga indah.. Naa disitu kamu nampak kan permainan tatabahasa moden..ada cara lain untuk mengasitau.. Your translation work sucks!..kami tiada masa mo email ko kasitau ko ndak pas test..pandai2 ko ya mentranslate makna update tersirat kami di fesbuk tersebut..

Aisehman macam emo pulak..huhu..tidak. Aku tenang saja ni..no hard feeling pun sama Buku Fixi huahua.. Minat lagi adalah..

Okey ini melalut lagi kali kedua. Disebabkan hanya translate 4 mukasurat pertama saja.. Aku punya hati bergelitik mo tau seterusnya... Lalu ke Times Suria Sabah.. Mencari buku ini.. "Dik ada buku The Fault..ndak sempat habis sebut tajuk budak perempuan muka manis sudah habiskan sentence ku.. Ada kak..terus dia pigi section Young Adult.. Dimana aku macam malu pulak..makcik-makcik muka macam pandai..( macam sedja ) tapi baca young adult maksudnya buku remaja-remaja.. Kentaralah makcik perasan jiwa remaja..huahua..

Tapi ndakpa..aku ndak malu sudah .. Sebab kinapa?..si John Green sudah bilang dalam websitenya.. Kamu googlelah sendiri..malas aku mo melink2 sebab aku taip pakai handphone seja ni.. Huahua.. Okey bilang si John Green dia mau buku YA young adult diexpand kumpulan pembacanya kalau bulih sampai.ke golongan tua ndak sedar diri..macam diri makcik inew..

Fisrt time aku..no this is second lepas novel Room oleh Emma Donoghue.. Baca buku sampai menangis-nangis.. Makcik pun ndak dapat kontrol nak... Sampai laki makcik heran kenapa bengkak-bengkak mata bininya yang cantik ini..

Biarlah kamu muntah mendengar pujian ke atas diriku sendiri muahaha...

Di novel Tfios John Green nilah aku tau terma perkataan Spoiler Alert..

So siapa2 yang wish mau baca buku ini..jangan risau..ndakda juga aku reveal kasitau endingnya segala..

Tapi siap kita baca endingnya.. Perasaan kita sama dengan perasaan tertanya-tanya si Hazel Grace sama watak Anna dalam novel favoritenya.. An Imperial Affliction.. Ndak tau memamg wujudkah novel dalam novel ni..nantilah aku gugel kalo senang..

Di dalam proses membaca aku terstop-stop sebab aku mo menikmati rasa sedih dan takut akan kehilangan yang diceritakan dengan genius dan detailnya oleh John Green..

Aku rasa cara pembawaan dan dialog Hazel Grace ni macam dekat dengan aku dan sebahagian keluargaku huahua..iaitu mulut tumpis.. Cakap kadang-kadang main lepas ..lepas sudah terlepas baru rasa menyesal...

Hazel Grace macam remaja-remaja yang cakap pedas tapi ayat yang dipilih John Green..ayat-ayat pandai yang separuhnya memang aku ndak faham ..mesti buka kamus atau berwikipedialah.. Makcik ni bahasa inggeris ndak seberapa kuat penguasaannya nakk.. Itulah review Time yang back cover novel ni bilang Damn Near Genius..

Yang buat sedihnya dalam buku ni..pasal mama bapanya juga..yang sudah bersedia dengan bila2 masq saja anak perempuan kesayangan mereka akan mati...

Hazel Grace pulak jenis yang ndak mau dikesiankan..tapi iya dia takut juga bah tu.. Dia tiada semangat sudah selain semangat untuk.mama bapanya yang bersusah payah.. Ini yang buat aku berhenti dan.menangis sepuasnya sebab..mengingatkan aku kepada mamaku... Aku rasa berrsalah dengan mama sebab jadi anak yang selalu berlawan cakap..tapi kenangan dia selalu merawat masa kami kecil..dialah yang selalu menjaga dan paling prihatin kalau kami sakit..buat hatiku.meronta mau jumpa mama di kampung... Sabar ya mak..ndak lama lagi kami balik..:(

Lepas tu part boyfriendnya.. Di sepanjang jalam cerita kita expect Hazel Grace lah yang paling kesian..rupanya ada watak lain levih kesian.. Gus tapuk kesakitannya demi dia nampak kuat strong untuk gadis yang dicintainya Hazel dan pembagi semangat untuk kawan baiknya Isaac yang patah semangat sebab terpaksa buta kerana sakit kanser. Kira cerita2 budak remaja berpenyakit kanser tetapi kuat semangat..

Movienya sudah keluar di Us. Pelakon lelakinya ndak ngam dengan apa yang aku gambarkan..suaranya ngam..mungkin kalau rambutnya deep black aku rasa ngam kot..just my two cents pandangan...

Si John Green ni pandai mengeloborate perasaan macamana kita kehilangan seseorang.. Pendek kata ..aku rekomen kamu cari buku ni dan baca... Translate.ke bahasa melayu pun ada..cek ke Fixi Verso.punya website dorang sudah ada buat preorder...

Okey..itu saja dulu ulasan buku dari seoranf yang tiada background menulis..hanya sebagai.peminat biasa saja huhu.. Maaf kalau ada tersilap taip..macam aku cakap tadi..aku menaip dari hengpong saja ni haha..

Bye. Terima kasih sebab membaca bebelanku ni haha..

Tuesday, June 17, 2014

Day 25 & 26 digabungkan sekali :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rantaian hari sudah terputus kemarin di hari ke 25..  Huhu.

Bukan sebab apa.. Sebab masalah wifi.. Satu hari ndak boleh online..

Macam cabaran seratus hari ni kira diary harian terbuka ku pulak kan hewhew..

Hari ni ada berita yang bercampur-campur.. Campur saspen..gembira..bersyukur..dan entahlah hehe... Belum sedia dishare..nanti bila masanya yang sesuai ya..

Dibawah ni gambar buku yang baru habis aku baca...

Lepas ni baru aku buat reviewnya.. Sekarang macam letih sangat pulak ( ka kau malas jian?!!:) )

Aku ingat Hachiko lah cerita yang paling sedih sampai buat aku menangis mengongoi2 ka tu ejaannya..

Rupanya buku ni pun..huahua.. Berapa kali aku stop membaca sebab emosional..

Rekomen untuk semua .. Kamu akan lebih menghargai orang sekelilig dan ibubapa dan pasangan kamu huhu.. You dont know what you have until its gone forever.. Huahuaaa...

Bah..nantikan review kekampungan dari seorang yang makcik inew..

The Fault in our star - John Green. Lima bintang! ..

To be continue..

Sunday, June 15, 2014

Day 24 : Gambar bercerita :)

Selamat Hari Bapa ! Paak!.. Kami rindu bapa dan mama :(

Sabar ya pak mak..kami ndak lama juga akan balik.. Ya Allah lindungilah Ibu bapaku.. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil...

Mak..pengorbananmu tidak terbalas..kami berjanji menjadi anakmu yang lebih baik.. We love u so much! 

Saturday, June 14, 2014

Day 23 : Perkembangan dengan Alfalfa dan Lecithin Shaklee.

Macam lama pulak ndak cakap pasal Shaklee kan.. Bukan pasal dilupakan..tidakk..hehe

Mungkin sebelum ini sibuk.mengejar deadline..jadi cerita pasal Shaklee produk ndak sempat diup kan di sini gewhew...

Ok..mau dekat sebulan juga aku konsisten makan adik beradik gabungan Alfalfa dan Lecithin... Inilah dua supplement set bajet untuk kuruskan badan.. Ndak sampai seratus pun untuk dua jenis produk ni..

Bukan sebab aku memang menjual produk ini lalu aku memuji-muji produk ini.. Aku guna try dulu dan tengok kesannya.. Memang berbaloi kita membelinya..

Nanti aku try buat wajah sebelum dan selepas..sebabkan .. Bukan penurunan lemak saja..tapi ada dapat bonusnya.. Wajah jadi halus dan nampak macam pink-pink gitu hehe...

Macam suka pulak aku tengok mukaku sendiri di cermin..alamak matilah puji diri sendiri dalam blog secara terbuka muahaha...

Lepas tu..effect yang lain yang aku suka.. Aku sebelum ni ada masalah pencernaan..buang tak lawas.. Sekarang memang ke tandas untuk membuang tu tiada masalah.. Syukur alhamdulillah...

Dan lagi..aku rasa aku ada banyak angin lah dalam badan.. First second week tu rajin betul aku melepaskan angin.. Sikit-sikit terkentut..kesian si umar yang menjadi mangsa melihat gaya mamanya yang ... Huhu..

Kalau mau senaraikam kebaikan dan khasiat alfalfa dan lecithin memang banyak.. Mungkin akan post khas untuk kesemua khasiatnya.. Sementara itu..tengok gambarnya saja dulu..insyallah aku kongsikan ya..

Oh ya..manalah tahu ada sesiapa yang berminat mengenai produk ini.. Jangan segan dan malu sila whatsapp 014-203 4814. Sekadar bertanya apa semua pun dilayan kalau waktu tu aku tak sibuk hehe...

Dan lagi..Untuk ibu-ibu.menyusukan anak..memang alfalfa ni best untuk membanyakkan susu.. Mula- mula aku ambil.. Memang sampai mencurah sendiri.. Insyallah anak akan mendapat susu secukupnya.. Syukur sebab dapat menyusukan umar sehingga Dua tahun setengah..

Okey di bawah ini ..rupa bentuk produk yang best ini :)

Friday, June 13, 2014

Day 22 : World Cup 2014 , Brazil.

Aku hampir-hampir terlupa mau mempost samting di sini..

Kalau ndak terpecah rantaian dari hari satu ke hari 22..

Semalam first time pulak bersemangat mo menengok piala dunia..

Uinaa seksinya Jlo.. Sampai x bekelip mata orang dalam rumah..

Sambung menengok match Brazil dan Crotia.. Mau menengok Neymar yang mo hampir sama nama dengan anakku Umar..sampai sekarang ..kalau mau marah atau panggil si umar pun sekarang.. " Neyymaaarrr sudah ko oo'oo"..

Begitulah cerita hari 22 yang ala kadar..

Lazy bone aku hari ni.. Huhu..

Thursday, June 12, 2014

Day 21 : Malam Istimewa.

Rasulullah S.A.W Bersabda ;

" Ada 5 malam yang jika kita berdoa, takkan ditolak doa kita, Malam Jumaat, Malam Nisfu (15 Sya'ban), Malam Lailatul Qadar, Malam Aidil Fitri, Malam Aidil Adha".

Tahun ini Malam 15 (Nisfu) Sya'ban jatuh pada malam jumaat bersamaan 12 Jun 2014... Bererti 2 Malam Kemuliaan itu bergabung menjadi satu..

Pada malam itu, doa kita Insyallah akan di Ijabah. Malam penentuan Nasib (dinyatakan Malam Penggantian Buku catatan amal) Malam penuh berkah.

Para ulama ahlus Sunnah Wal Jama'ah telah memberi bimbingan untuk membaca Surah Yasin 3x untuk mereka yang mampu atau membaca surah Al-Ikhlas ketika teman-teman yang lain sedang membaca Surah Yasin.

*Bacaan pertama dengan niat panjang umur dalam taat dan Ibadah kepada Allah SWT.

* Bacaan yang kedua, niat minta diberi Rezeki yang halal, cukup dan berkah.

*Bacaan ketiga, niat minta diwafatkan dalam keimanan (Husnul Khotimah)

Pada malam itu segala doa pasti di ijabah asal berdoanya dengan ikhlas dan yakin, kecuali ;

*Pemabuk
*Orang yang derhaka kepada Orang Tuanya.
*Yang memutuskan tali silaturahim.
*Tukang tenung, Dukun santet.
Doa mereka takkan di ijabah kecuali mereka bertaubat dengan Taubat Nasuha.

Rasulullah bersabda "Siapa saja yang menyampaikan kabar kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sebanyak orang yang melakukannya dan takkan dikurangi pahalanya sedikitpun.

Semoga Allah suka melihat kita membuat kebaikan, makin baik dan terus baik hingga akhir kita.

Sumber Whatsapp sharing :)

Tuesday, June 10, 2014

Day 19 : Gambar-gambar Kampung Tambisan, Lahad Datu.

Aku selalu check statistik blog ni. Keyword search 'Tambisan', 'Pulau Tambisan' selalu ada :)

Ramai juga orang cari Tambisan ya..:)

Sebelum ada kes-kes orang Kiram dan Tanduo, dan peristiwa ikan naik ke darat tu memang ada sudah keyword tu , apalagi selepas kes tu..

Orang-orang mau tau juga kali mana Tambisan ni kan hehe..

Tambisan ni perkampungan nelayan di daerah Lahad Datu.. Kampung mamaku.. Lama sudah ndak ke sana..

Disebabkan rindu  kampung.. dalam group sepupu group whatsapp, selalu paksa sepupu yang di sana share gambar..

Mari aku share..tapi gambar yang dishare dalam whatsappku..bila aku transfer ke lappy..semuanya jadi kecil..hmmm.. Handsetku jenis lama bah kali kan uhuk uhuk..

Bah..saksikaanlahh.. :)

Monday, June 9, 2014

Day 18 : Good sharing for good soul ..

Aisehman tajuk orang milikan baitu.. Milikan adalah bahasa bajau. Maksudnya orang putih hehe..

Aku suka betullah dengan aplikasi Whatsapp. Lebih-lebih lagi ada group whatsapp sahabat-sahabat ex schoolmateku dan juga  bff , group sepupu, group Nor's Angel ( My sisterly looovee..) sebab dorang macam selalu bagi reminder sama semua orang dalam group..

I thought this is good untuk share sama pembaca di sini..

Mari baca ya.. kali ni aku ndak main copy paste ya haha.. Mo buat betul-betul  kali ni hehe..

Sharing from whatsapp share my friend rahyatie ;

Sharing dari Ustaz Zahazan. Mendalam maksudnya.

  1. Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
  2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka. pandanglah ke hadapan dan majulah.
  3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
  4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.
  5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian, Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
  6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
  7. Apabila Allah SWT menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah SWT tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
  8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihtan?" Dia menjawab " Ya, kehilangan visi anda!"
  9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah SWT mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.
  10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Sunday, June 8, 2014

Day 17 : Kerjaku sudah siap..

Sekarang tengah saspen..

Semalam lagi dah siap..

Tapi tadi malam baru dapat email..

Huhu..sekarang menunggu keputusan saja..

Kalau tak dapat aku ok saja redha kan .. Kalau dapat bersyukurnya .. Tapi memang tak mengharap..kalau mengharap dan ndak dapat lain macam tu keciwanya huhu..

Okey.. Sekian hari ke-17 :)..

Saturday, June 7, 2014

Day 16 : Mengejar deadline atau dateline?

Waktu mau menaip tajuk entry ni.. Terfikir, mana yang betul untuk satu keadaan mana atasan atau pensyarahmu menetapkan satu tugasan. Mesti siap sebelum waktu tertentu yang telah ditentukan oleh si pembagi tugasan.. Deadline atau dateline?

Mana yang betul ya?

Tetapi seingat aku.. Dulu pensyarahku tulis 'deadline'.. Sebab waktu dead tu aku ingat lagi digaris ditekankannya..

Tajuk mau tulis mengejar deadline semata-mata mau kasi tau aku bz mengejar deadline... Belum aku boleh properly menaip isi bermatlamat berfokus berfaedah dan sebagainya sekarang..

Yang post semalam pun sebenarnya ceritanya tergantung.. Huhu. Tapi ndak apa..blog ndak popular jadi tiada lagi orang yang perasan hehe..

Nanti aku update entry tu ndak kasi gantung dia...

Okey sambung kerja..ada 4 mukasurat lagi! 8)

Di bawah itu sekadar gambar hiasan tiada kena mengena dengan entry .. Hnnss hnss emke emke..

Friday, June 6, 2014

Day 15 : Tazkirah Jumaat : Kisah pemuda dan Tukang gunting rambut.

As salam semua.. Hari jumaat mau isi blog dengan tazkirah.. Untuk peringatan dan muhasabah diri sama-sama :)

Ini aku dapat dari sharing sahabat-sahabatku dalam group whatsapp :)

Mari luangkan masa sekejap kita membacanya :)

KISAH YANG SANGAT MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN

''Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?''

Kisah selain dari MH370... Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting

Thursday, June 5, 2014

Day 14 : 101 people

Masa sekolah form 5 dulu. Aku ingat lagi aku ada buku nota kira macam buku diary khas untuk kawan-kawan isi tulis biodata semua..

Rasanya semua orang pun pernah buat gini kan.. Seingat aku , buku diary ku tu aku tulis kat depannya ' 101 people' .. Mungkin penyakit suka mengumpul mengiraku ni dari sekolah sudah kot..huhuhuu..

Lepas tu buku ku tu sampai tamat sekolah..ndak sampai pun 101.. Huahua..aku angan2 semua entire sekolah tu aku suruh isi mana yang termampu.. Tapi aku ingat macam sampai 4 5 orang saja kot.. Apa ndak, satu orang kawan..aku suruh isi biodata dan letak gambar ..mau dekat sebulan kot dalam simpanan dorang hahaha.. Aku pulak bukannya jenis yang push2 sebab aku ndak suka paksa-paksa orang suruh cepat huhu...

Last2 tadi dapat lagi idea..mo isikan sepanjang mo habiskan 100daycabaran ku tu hmmm.. 

Sebenarnya ideaku ni sudah lama..

Aku ni banyak idea bukan-bukan kan..idea ndada kerja huahua...

Okey..siapa mau isi buku diary maya ku..kita tengok cukupkah sampai 101 people?...

Siapa mau?.. Jawab soalan-soalanku.. Macam wartawan hiburan lak aku mo interview orang..hehe..lepas tu aku selit gambar dia. Ini wajib mesti ada gambar..lepas tu ada masa aku up cerita dia..or tolong promote blog dia.. Kalau yang ada blog kan.. Atau some random people I saw in street kasi cukup 101 people..atau hubungi kawan2 lama paksa dorang join 101 people ni hahaha....

Atau sesiapa yang terbaca entry ni..give a comment and I will contact you :). Or anybody interested can email me atau whatsapp. Huiyoo..macam serius pulak ni kan projek hehe..

Semua ini idea saja ya.. Akan dibuat bila ada masa :).

Gambar sumber Google image

Tuesday, June 3, 2014

Day 12 : Kerja-kerja menterjemah..

Sebenarnya aku tengah bz menterjemah..

Sebab redha sudah dengan keputusannyalah aku menaip share di sini.. diterima atau tidak diterima pun mana-mana aku bersyukur dan terima dengan hati yang terbuka :)

Di bawah ada aku  share snippets kerja-kerja menterjemahku yang tidak seberapanya.. 

Dalam progress, ndak sabar aku mau cepat siap. Time2 ginilah pulak aku terchallenge diri sendiri dengan #cabaran100hari  tu huhaaayyayayayy... :))

Kesibukan yang berlaku di jalan seperti bisingnya bunyi degungan serangga berterbangan. Para jurugambar berkumpul berdiri di belakang para pegawai polis yang menjadi benteng pengawal. Muncung kamera  mereka yang panjang berada dalam kedudukan bersedia, nafas-nafas mereka kelihatan seperti stim yang termeluwap ke atas. Salji berterusan jatuh ke atas topi dan bahu. Jari bersarung tangan mengelap membersihkan lensa. Dari masa ke semasa serentak kedengaran bunyi ketikan kamera yang rawak, sambil para pemerhati mengisi masa menunggu dengan mengambil gambar khemah berkanvas putih yang berada di tengah jalan raya, di mana ia merupakan  jalan pintu masuk kepada apartment tinggi berbata merah. Yang mana balkoni paling atas dipercayai tempat di mana mangsa terjatuh.

Apamacam.. kamu faham kah juga istorynya tu.. Kalaulah aku boleh translate pigi bahasa dalam otakku..

Sibuk penyibuk betullah orang di jalan raya ni. Macam bunyi tebuan sudah bisingnya! Tukang ambik gambaL menyibuk  juga di belakang bapak polisi  yang hebak menjadi benteng  pengawal macam tembok besar China. Muncung kamirah mahar durang tu bersedia sudah untuk memflash-flash di sana sini atuuii!. Uinaa durang bernafas nampak sudah asap-asap putih dimana di negara orang putih seja ko buli nampak begitu..cuba di negara sini..keluar asap begitu dipikir ko ada ginbaran di dalam mulut..atau ko sedang marathon menghisap rokok Gudang Garam. Ainaa..kenapa sudah melalut translate ni? Salji-salji macam biasalah watlek watpis saja landing di atas bahu dan topi orang... Sudahlah jiaann..pi sambung buat kerja!

Bukti menunjukkan aku bukan pakai servis Google Translate semata-mata sehidung-hidung.. Sanggup pergi Familia beli Kamus Oxdord  Dwibahasa dan kawan baik kasi pinjam Kamus Oxford lagi mahal lagi besar dari aku punya plus yang disayangnya.. Makasih kawan !

Monday, June 2, 2014

Day 11 : Dialog dari wayang

Ketaralah tiada cerita..hehe

Buat tajuk and segmen belao-belao baru lagi.. Kalau tahap pemalas.. Semua tajuk adalah wordless monday - wordless sunday...

Bagus buat nama blog jadi 'Wordless Blog'..

Balik-balik ikut tertengok movie Monster University di fox movie dengan si Umar..

Suka aku watak si Mike Wazowski yang mata satu besar warna hijau tu..

Semangatnya kental.. Balik2 orang lain cuba patahkan semangatnya dia ndak pernah kalah saiko.. Dia sangat yakin percaya diri dan sentiasa positif gitu..

Antara dialog yang aku ingat..kira macam quote dorang yang best hehe..

Ketua Roar Omega Roar : If you loose, nobody will remember you.

Jadi si mike waazazoowsskii ni balas balik kata2 si petualang ketua ROR ni..

MikeWazowski: But if you loose, nobody will let you forget it.

Okeylah..sambung layan si Umare dulu hehe..

Sunday, June 1, 2014

Day 10 : Time kecik dulu # 3 ; Lidah berdarah .

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan semua yang datang membaca blog makcik-makcik ni :)

Lama sudah ndak sambung slot ' Time kami kecik dulu'. Hah yang ini nombor tiga punya cerita...

Kami menengok ntv7. Ada satu rancangan ni siarkan pasal video orang belao-belao ( gila-gila). Ada pulak video pasal budak remaja luar negara ni.. Ndak tau negara mana. Tapi waktu tu bersalji. Dorang sengaja jilat tiang yang sudah frozen..lepas tu ketawa-ketawa sebab si kawan ni minta tolong sudah lidahnya melekat di tiang tu.

Si kawan ambil air botol. Beberapa kali barulah dapat lepas lidahnya dari tiang tu... Terus aku teringat tragedi lidah berdarah dinding freezer.. Kami panggil esbok saja freezer ni huha.. Waktu kami kecil betul..masih di klinik gum-gum batu 16 sandakan...

 Aku rasa mungkin waktu tu tinggal kami berdua di rumah.. Biasalah budak-budak kan suka buka esbok.. Yang aku ingat kami kesukaan makan ais-ais di freezer tu..

 Dikrup krap ais-ais batu tu sampai habis..

Yang sandihnya.. Sampai dikikis saki baki di dinding aisbox tu.. Ndak tau kenapa kami terlampau rakus..adakah kami mau jilat sudah dinding ais tu..

Yang aku heran kenapa kami boleh serentak sebelah menyebelah menjilat ais tu.. Ndak kau..last-last melekat ok lidah kami... Kalau kembar tu kembar jugalah.. Adikku pun melekat juga lidahnya di sebelah huhaayy...

 Yang aku ingat memang kuat betul melekat lidah tu di dinding freezer..aku ni kejap esbok..kejap freezer kejap aisbox...lama2 jadi bahasa indonesia lemari es.. Aku tarik-tarik ndak dapat.. Menangislah kami kesakitan ketakutan.. Minta tolong pun susah.. Macam teriakan orang oku aku rasa sebab lidah sudah melekat kan..

 Waktu tu kecik lagi..ndak terfikir..banyaknya botol air dalam tu kan..boleh lepaskan dengan air..tapi memang ndak terpikir masih budak betul kali..

 Yang buat aku ingat terpahat dalam sanubariku peristiwa ni..sebab aku kesakitan sampai aku nampak keluar sudah darah di lidahku..lama tu aku tarik.menarik...

 Nasib baik mama kami kerja di sebelah klinik saja... Dia balik kelam kabut dia selamatkan kami adik beradik ..

Yang aku ingat mama siram dengan air dan mudahnya terlepas lidah kami...

 Lepas tu aku ndak ingat sudah..yang aku ingat aftermathnya..mama membebel2 kerisauan..dan aku sempat tengok kesan lidah ada darah di dinding esbok.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails