Rasa macam dalam mimpi bila salah seorang pekerja hubby whatsapp pagi2 menyampaikan berita musibah ini.
Sekarang aku okey2 sudah sikit. Redha. Mula2 terima berita aku bergegar jugak.
Dan trauma.
Lebih2 lagi tengok gambar2 yang dihantar via whatsapp.
Rasanya ndak perlu cerita detail apa yang hilang kan huhu..
Apa yang berlaku secara details.
Aku menulis di sini, bila merasakan rupanya ada juga gunanya aku post2 gambar di media sosial ka di Instagram ka. Atau menaip diary di Blogspot ini sebab semua laptop , kamera yang ada gambar2 dan diary penulisan ku dalam lappy sudah hilang dibawa pergi pencuri.
Ndak apa pencuri, kami ndak halalkan.
Nanti mencarilah kamu sama orang2 yang kamu aniaya curi barang2 nya di Padang masyar nanti.
Sebab dengar2 selepas Rumah kami. Rumah jiran kami di blok yang sama juga kena curi. Memang banyak kes kecurian di kawasan perumahan kami tu.
Gambar sekadar hiasan . Games design yang bagi calm melepaskan angan2 hias2 rumah.
No comments:
Post a Comment