Thursday, March 27, 2014

Seni Menjaga Hati Ibu Bapa.

Assalamualaikum wbkt dan Salam sejahtera semua pengunjung Blog UnaChenta yang disayangi !

Sudah lama blog ini tidak berkongsi sesuatu yang serius dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama-sama kan.. Dari blog pun kita boleh berdakwah kan.. tapi ini tidak bermakna yang empunya blog ini tunjuk baik pulak huhu.. Ini sama-sama mengingatkan sesama kita.. sebab empunya blog banyak khilafnya dan menyedari harus dan berusaha untuk memperbaiki diri dan jangan terjebak dan melakukan kesalahan dan dosa yang sudah disedari..

Hmm  banyak membebel pulak huhu.. Kali ini mau kongsi Tips yang mungkin kita sebagai anak boleh amalkan dan renungkan.. 

Macam kata-kata dari Drama di TV Al-Hijrah ada sebut.. jadilah anak yang lebih mementingkan keperluan Ibu Bapanya daripada diri sendiri.. 

Tips di bawah adalah dari Sumber : Koleksi ANIS / Oleh : Zakaria Sungib.

15  Perkara yang anak boleh lakukan untuk menjaga hati insan yang sangat berjasa.

Bagaimana untuk berhalus dalam menjaga hati ibu bapa ?

  1. Ibu bapa akan sejuk hati jika cakap mereka ditaati dan diikut. Contoh mudah, kalau anak pandu kereta dan ayahnya duduk di sebelah memberi tunjuk jalan, ayah akan rasa senang jika anak ikut cakapnya walaupun si anak mungkin lebih tahu jalan dari ayahnya. Kalau anak bantah atau berkeras tidak mahu ikut, ayah mungkin sakit hati.
  2. Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap lunak, tentu  Ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung. Sebab itu Allah swt berfirman dalam Al-Quran, hendaklah bercakap kepada ibu bapa dengan perkataan yang mulia ; ( Al-Israk : 23 ).
  3. Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila Ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada Ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama beroleh keberkatan dalam hidup. Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya. ( Hadis riwayat Abu Ya at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim ).
  4. Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa ( dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w adalah ibadah. ( Riwayat Abu Daud ).
  5. Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka.
  6. Pemberian dari ibu bapa jika dihargai, membuat hati mereka senang. Mungkin mereka beri sesuatu pada anak kita (cucunya) lalu kita beritahu anak itu supaya hargai pemberian nenek atau datuknya. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.
  7. Rasulullah s.a.w sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya untuk diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa kurang diraikan atau diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.
  8. Meraikan ibu bapa juga merangkumi meraikan kenalan atau tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.)
  9. Alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya,lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.
  10. Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.
  11. Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak dan mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.
  12. Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya, jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.
  13. Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya sebagai pengganti diri. Terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diendahkan oleh anak, sakit peningnya tidak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.
  14. Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa, misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka. Ini tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.
  15. Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak berhutang dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah S.A.W , Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya ( Riwayat Muslim dan Abu Daud ).
(Koleksi ANIS/ Oleh : Zakaria Sungib )

2 comments:

Tirana said...

Salam Azean...terimakasih atas kunjungan ke blog kak tirana.. telah lama rasanya tak blogwalking..dan lama juga tak update blog.. Kak tirana sibuk.. InsyaAllah, minat menulis masih kekal bersemadi dalam jiwa.. jika ada masa dan kesempatan akan diteruskan..

Azean Azman said...

wsalam kak Tirana,
Terima kasih banyak sebab datang ke blog Azean dan rajin ambil masa komen hehe..

Oh kakak sibuk..x apa nanti ada masa tulis blog lagi ya,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails